Meta yang dahulunya dikenali sebagai Facebook sudahpun menukar fokus mereka kepada dunia meta. Kehadiran dunia meta membolehkan para pengguna berinteraksi seolah dunia sebenar secara virtual menggunakan set kepala realiti maya.

Syarikat Meta juga mempunyai penawaran penawaran produk realiti maya mereka tersendiri iaitu Oculus Quest VR. Bahkan, Meta sebelum ini telah menubuhkan sebuah pasukan khusus dan ingin membangunkan sistem operasi tersendiri untuk arena realiti maya dan realiti gabungan ini.

Sumber Gambar: Android Central

Namun sebaliknya pula terjadi selepas mengikuti laporan terbaharu daripada The Information di mana Meta dilaporkan telah membatalkan perancangan tersebut. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang perincian sebab mengapa mereka berbuat sedemikian.

Dalam pada itu, mereka akan terus menggunakan sistem operasi Android yang diubah suai untuk menjana peranti mereka. Perancangan membangunkan sistem operasi tersendiri ini adalah salah satu cara untuk menggurangkan kebergantungan terhadap Google dan Apple. Hal ini juga dapat memastikan sebuah ekosistem boleh terbina di bawah kawalan mereka.

Sumber Gambar: Hypebeast

Perubahan ini sekaligus menjadi tanda tanya kepada umum bagaimana Meta mahu merelisiasikan dunia meta yang diimpikan. Sama-sama kita nantikan maklumat terperinci mengenai langkah selanjutnya dari mereka dalam pembangunan alam meta tersendiri.

Sementara itu, Apple juga dikhabarkan sedang membangunkan beberapa produk realiti maya untuk memberikan penggunaan interaktif menerusinya.

Apple Mungkin Tawarkan Produk Realiti Maya Dengan Harga Mencecah RM16,746

Mahu Elak Sertai Meta, Apple Sedia Tawarkan Bonus Sehingga RM751,230 Buat Para Pekerja