Kehadiran dunia VR pada hari ini membolehkan seseorang mengalami suatu senario dalam maya seperti di dunia sebenar. Anda berpeluang merasai pengalaman mengendalikan kapal terbang dan seumpamanya tanpa perlu pergi ke lapangan sebenar. Kini penggunaan set kepala VR nampaknya sudah diperluaskan kepada haiwan pula.

Terbaharu, seorang petani di Aksaray, Turki sudah mulai menggunakan set kepala VR dengan dipakaikan kepada lembu ternakan mereka. Penggunaan VR ini dilakukan ekoran musim salji yang melanda sekaligus telah menyebabkan lembu-lembu ini tidak dapat melihat dan meragut rumput hijau seperti sebelumnya.

Sumber Gambar: New York Post

Untuk makluman, lembu ternakan yang berada di dalam kawasan tertutup dan tidak berada di dalam persekitaran sebenar boleh mengakibatkan penghasilan susu yang berkurangan. Perkara ini sudah pasti bakal menjejaskan pendapatan para petani pada tempoh berkenaan.

Dengan menggunakan VR, ia boleh mempertingkatkan pengeluaran susu seperti biasa walaupun berada di dalam kawasan tertutup. Menurut Izzet Kocak, beliau mendapati pengeluaran susu oleh lembu ternakannya meningkat sehingga 27 liter apabila dipakaikan VR berbanding 22 liter sahaja tanpanya.

Sumber Gambar: The Verge

Antara kelebihan lain menggunakan VR juga adalah dapat membantu lembu tersebut menggurangkan stress yang sekaligus meningkatkan hasil susu yang dapat dikeluarkan. Beliau juga bakal menambah 10 lagi set kepala VR tersebut dalam menghadapi musim sejuk selepas ini.

Difahamkan VR ini sudahpun digunakan oleh para pengkaji Russia pada tahun 2019 lagi di mana mereka dapat meningkatkan hasil pengeluaran susu dengan banyaknya. Lembu-lembu ternakan dilihat lebih ceria dengan memakainya dan dapat meningkat tahap nutrisi susu yang dihasilkan.

Sementara itu, Apple juga dijangka bakal menawarkan produk realiti maya dalam mengikuti perkembangan semasa dunia meta yang kian popular.

Apple Mungkin Tawarkan Produk Realiti Maya Dengan Harga Mencecah RM16,746

Samsung Kini Melabur Pada Platform Avatar 3D Untuk Terokai Dunia Meta