Syarikat Meta dilihat sudah meletakkan banyak pelaburan dalam idea dunia meta mereka. Sebelun ini, mereka pernah menyediakan sebuah ruangan maya yang boleh digunakan untuk tujuan berkerja bersama rakan sekerja lain seperti di dunia sebenar.

Jangkaan mereka dengan penawaran ruangan maya ini boleh meningkatkan produktiviti serta memberikan mood yang baik. Tetapi dapatan kajian terbaharu membuktikan keputusan yang sebaliknya. Berkerja dalam dunia realiti maya bukan sahaja menggurangkan produktiviti malahan lebih tertekan berbanding di dunia sebenar.

Sumber Gambar: Nature

Eksperimen ini telah dibuat oleh pasukan penyelidik di Coburg University di German yang mana mengumpulkan sebanyak 16 individu untuk mengkaji kesan daripada berkerja di dalam dunia realiti maya selama seminggu. Selepas selesai seminggu, dapatan kajian menunjukkan majoriti peserta tidak produktif dan mengalami migrain.

Difahamkan peserta bukan hanya merasakan mereka mempunyai kerja lebih banyak berbanding di pejabat biasa malahan merasa cemas dan tertekan semasa cuba melakukan kerja mereka dalam VR. Ditambah pula peserta-peserta ini mengalami ketegangan pada mata, keletihan visual, loya dan migrain ekoran meluangkan masa terlalu lama pada set kepala VR.

Sumber Gambar: Shutterstock

Malangnya, terdapat dua peserta yang terpaksa keluar daripada kajian lebih awal kerana mengalami migrain yang kerap, loya, kegelisahan dan tahap stress yang tinggi. Bagaimanapun, ini hanyalah satu kajian awal untuk arena realiti maya yang dikira masih di fasa awal lagi.

Salah satu matlamat utama kajian ini adalah untuk menyediakan data yang boleh digunakan oleh penyelidik masa depan untuk penyiasatan lanjut mengenai topik tersebut. Setakat ini, kerja di dalam dunia realiti maya masih belum praktikal dan masih perlu dikaji dengan lebih mendalam.

Selain itu, CEO Nokia telah mensasarkan rangkaian 6G bakal ditawarkan secara komersial pada 2030 kelak.

CEO Nokia Sasarkan Rangkaian 6G Bakal Ditawarkan Secara Komersial Pada 2030

China Berjaya Pindahkan Data Sebesar 1TB Sepantas 1 Saat Menerusi Teknologi Rangkaian 6G