Acara Samsung Unpacked Part 2 telah memperlihatkan rekaan baharu Samsung Galaxy Watch4 Bespoke Edition yang cukup menarik minat umum. Dalam acara yang sama, Samsung juga telah memberikan beberapa kemas kini untuk peranti jam pintar mereka pada kali ini.

Antara kemas kini yang diberikan adalah ciri pengesan jatuh yang telah dinaik taraf di mana si pemakai boleh menukar sensitiviti padanya yang mampu mengesan si pemakai dalam keadaan terjatuh walaupun tidak bergerak. Berbanding sebelum ini, fungsi ini hanya mampu mengesan seseorang jatuh ketika sedang bergerak sahaja.

Sumber Gambar: Samsung

Selain itu, terdapat empat muka jam baharu yang telah diberikan menerusi kemas kini ini. Pengguna turut berupaya menambah paparan maklumat tambahan pada muka jam sedia ada serta boleh menggabungkan sebahagian muka jam lain mengikut kehendak pengguna. Sokongan gambar animasi juga boleh dipasang pada muka jam untuk tampil menarik.

Sumber Gambar: Samsung

Menariknya pada kali ini, Galaxy Watch4 sudah menyokong ciri kawalan gestur dengan menggunakan gestur seakan mengetuk sebanyak dua kali. Kini anda boleh membuka sesebuah aplikasi dengan menggunakan gestur tangan sahaja. Nampaknya Galaxy Watch4 bakal menjadi pesaing sengit dalam pasaran peranti jam pintar menerusi kemas kini terbaru ini.

Kini anda boleh mengkustomasi penampilan Galaxy Watch4 menerusi program Bespoke Edition untuk tampak lebih unik sewaktu memakainya.

Samsung Lancarkan Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Watch 4 Bespoke Edition

Samsung Lancarkan Watch4 Dan Watch4 Classic Dengan Sistem Operasi Wear OS

Sumber