Menerusi acara Samsung Unpacked yang dilancarkan tempoh hari, jenama ini dilihat bukan sahaja melancakran Samsung Z Flip3 5G Dan Z Fold3 5G, sebaliknya turut melancarkan dua model jam tangan pintar iaitu Watch4 dan Watch4 Classic. Kedua-dua model ini menggunakan sistem operasi Wear OS dengan pelancar baharu One UI Watch.

galaxywatch4-with-zflip3-1280×720
Samsung Galaxy Watch4. Sumber: Techradar

Berbincang dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Watch4 ditawarkan pada saiz 40mm dan 44mm di mana kedua-duanya menawarkan paparan AMOLED. Terdapat dua butang fizikal ditawarkan pada bahagian kanan manakala kawalan boleh dilakukan menerusi skrin sesentuh.

Samsung Galaxy Watch 4 Classic hadir dengan saiz yang lebih besar iaitu 44mm dan 46mm berikutan rekaannya yang hadir dengan bezel yang boleh diputar.

Kedua-dua jam ini menyokong cip pemprosesan Exynos W920 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 20% berbanding cip sebelum ini. Pihak Samsung turut memaklumkan peningkatan grafik pada model ini adalah sebanyak 10 kali lebih baik berbanding model sebelumnya. Hal ini kerana model ini dilengkapi dengan 1.5GB RAM dan 16GB ruang storan.

Model ini masing-masing hadir dengan kapasiti bateri 247mAh dan 361mAh mengikut saiz jam yang mampu bertahan melebihi dua hari untuk satu pengecasan penuh.

gsmarena_004
Samsung Galaxy Watch4 Classic

Samsung Galaxy Watch4 dan Watch4 Classic hadir dengan sensor pengimbas nadi, oksigen dalam darah, tekanan darah, ECG dan GPS dalam memudahkan dan menjaga kesihatan pengguna. Selain itu, sokongan mesej SOS dan Samsung Pay menerusi NFC antara yang ditawarkan.

Samsung Galaxy Watch4 akan mulai ditawarkan harga sekitar $250 (~RM1060) bagi model bluetooth dan Samsung Galaxy Watch4 Classic pula ditawarkan pada harga $350 (~RM1484). Harga yang boleh dikatakan agak berbaloi berdasarkan fungsi yang ditawarkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai dua model yang baru sahaja dilancarkan Samsung iaitu Z Flip3 5G dan Z Fold3 5G.

Samsung Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Z Flip3 5G dan Z Fold3 5G

Samsung Mendedahkan Rekaan Galaxy S21 FE Di Instagram Secara ‘Tidak Sengaja’