Pada acara Samsung Unpacked kali ini, pihak Samsung telah melancarkan dua buah model telefon pintar boleh lipat terbaru iaitu Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G.

Pengenalan kedua-dua telefon pintar boleh lipat ini boleh dikategorikan sebagai telefon pintar ultra premium yang dilengkapi dengan skrin yang menyokong 120Hz refresh rate berserta penarafan IPX8 kalis air buat pertama kalinya dalam sejarah peranti boleh lipat keluaran Samsung.

Galaxy Z Fold3 5G

vocket-tech-news-fold-2
Sumber Gambar: Samsung Newsroom

Samsung Galaxy Fold3 5G dilengkapi dengan skrin paparan AMOLED Infinity Flex Display yang berukuran 6.2 inci yang membolehkan ia dilipat menjadi ke mod tablet. Ditambah pula dengan cip Snapdragon 888 serta memori 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB membuatkan model ini sangat berkuasa untuk digunakan.

Peranti ini hadir dengan bateri sebesar 4,400mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W menerusi wayar pengecas dan pengecasan secara wireless 11W pada port USB-C. Bahagian kamera utama telah menggabungkan sensor 12MP+12MP+12MP yang merangkumi lensa sudut lebar, sudut ultrawide dan telefoto.

vocket-tech-news-fold-1
Sumber Gambar: Samsung Newsroom

Tambahan pula, peranti ini turut menyokong penggunaan stylus S-Pen Fold Edition buat pertama kali yang boleh disimpan pada kerangka khas yang ditawarkan. Skrin paparan turut mempunyai lapisan pelindungan Gorilla Glass Victus yang lebih tahan lasak. Peranti ini akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver.

Galaxy Z Flip3 5G

vocket-tech-news-fold-3
Sumber Gambar: Samsung Newsroom

Pada model Galaxy Z Flip3 5G pula, model ini menggunakan paparan serta rekaan yang hampir sama dengan Galaxy Z Fold3 5G. Ukuran saiz paparan yang lebih besar sekitar 6.7 inci Infinity Flex Display serta mempunyai lapisan kaca UTG untuk meningkatkan ketahanan kaca apabila dilipat berkali-kali.

Model ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 888 serta memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Sokongan pengecasan hanyalah 15W dan secara wireless pula sekitar 10W. Perbezaan yang utama yang terdapat pada Flip3 ini adalah ketiadaan sokongan stylus S Pen dan tidak mempunyai teknologi kamera bawah skrin.

vocket-tech-news-fold-4
Sumber Gambar: Samsung Newsroom

Kamera utama pada bahagian belakang turut digabungkan dengan 12MP+12MP bagi sudut lebar dan sudut ultrawide dan kamera hadapan pula sebesar 10MP. Model ini akan didatangkan dengan pelbagai variasi warna yang boleh dipilih mengikut citarasa pengguna.

Model Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Flip3 5G akan ditawarkan pada pasaran terpilih bermula 27 Ogos ini. Penawaran harga bagi Galaxy Z Fold3 5G adalah $1,799.99 (~RM 7,630) manakala Galaxy Z Flip3 5G pula bermula pada harga $999.99 (~RM 4,240). Sebuah harga yang premium buat model yang penuh dengan inovasi ini.

Sementara itu, Samsung telah mendedahkan rekaan Galaxy S21 FE di Instagram secara tidak sengaja dengan jangkaan bakal hadir pada penghujung tahun ini.

Samsung Mendedahkan Rekaan Galaxy S21 FE Di Instagram Secara ‘Tidak Sengaja’

Samsung Sahkan Model Baharu Galaxy Note Tidak Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

 

Sumber