Ogos ini bakal menyaksikan Samsung bakal melancarkan beberapa model telefon pintar seperti Galaxy S21 FE, Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 pada bulan ini Ogos. Akan tetapi, pihak Samsung sudah menyatakan mereka akan beri fokus kepada siri telefon boleh lipat terlebih dahulu pada tahun ini.

Sebaliknya pula terjadi apabila pihak Samsung dilihat telah memuat naik gambar Galaxy S21 FE secara ‘tidak sengaja’ menerusi akaun Instagram mereka. Gambar ini telah memaparkan rekaan belakang Galaxy S21 FE yang hadir dengan warna ungu serta bingkai kamera yang sama seperti yang pernah tular di internet.

vocket-tech-news-samsungs21-1
Sumber Gambar: 9to5Google

Sementara itu, pihak Samsung masih belum mengeluarkan sebarang informasi lanjut berkenaan model ini. Tindakan mereka memadam gambar tersebut telah menguatkan lagi hujah berkaitan dengan pengenalan Galaxy S21 FE pada tahun ini.

Tambahan pula, terdapat desas-desus sebelum ini mengatakan penangguhan pengenalan model Galaxy S21 FE oleh Samsung berpunca daripada masalah kekurangan cip. Pengguna boleh menjangkakan model ini bakal diperkenalkan sedikit lewat daripada perancangan asal.

Sebelum ini, Samsung mengesahkan bakal menangguhkan model Galaxy Note yang terbaru buat sementara waktu dan menfokuskan pada barisan telefon boleh lipat.

Samsung Sahkan Model Baharu Galaxy Note Tidak Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Samsung Galaxy S22 Dijangka Tawarkan Kamera Utama 200MP Hasil Kerjasama Olympus

Sumber