Samsung baru mengumumkan mengenai Galaxy Z Flip3 Bespoke edition yang bakal memberikan kebolehan kepada pengguna untuk mengkustomasi mengikut citarasa tersendiri dalam menampilkan keunikan personaliti pada peranti berkenaan.

Terdapat sebanyak 49 kombinasi warna yang boleh dipadankan oleh pelanggan untuk Z Flip3 Bespoke Edition. Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition juga bakal didatangkan dengan padanan pilihan warna yang telah ditempah pada wallpaper dan penutup skrin peranti tersebut.

Sumber Gambar: Samsung

Bukan itu sahaja, pemilik Bespoke Edition juga boleh menukar warna yang telah dipilih kepada warna lain pula sekiranya mahukan kelainan di masa kelak menerusi program Bespoke Upgrade Care.

Sumber Gambar: Samsung

Bersamanya, Galaxy Watch 4 turut menerima layanan yang sama dengan kebolehan kustomasi melalui program Bespoke Edition. Pelanggan boleh membuat kustomasi pada kedua-dua peranti berkenaan secara eksklusif di laman Samsung sebelum pesanan.

Samsung Galaxy Z Flip3 Bespoke Edition sudah boleh ditempah dengan harga $1099 (~RM4,584) namun ia masih terhad buat pasaran Korea, Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Perancis, UK dan Australia buat masa ini.

Ketahui pengalaman penggunaan seharian Samsung Galaxy Z Flip3 5G dengan lebih lanjut menerusi pautan di bawah.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G, Telefon Pintar Boleh Lipat Unik Dengan Harga Berbaloi

Samsung Lancarkan Watch4 Dan Watch4 Classic Dengan Sistem Operasi Wear OS

Sumber