Sebut mengenai realme pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama ini. Baru sahaja memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenama ini nampaknya tidak menunggu lama sebelum berjaya mendapat tempat di kalangan pengguna.
Terbaharu, realme dilaporkan sedang dalam perancangan untuk melancarkan sebuah lagi model berspesifikasi tinggi dengan harga mampu milik buat pasaran Malaysia menerusi model realme 9 4G. Menerusi perkongsian pihak realme Malaysia model terbaru ini bakal dilancarkan secara rasmi pada 20 April 2022 ini.
Sebuah perkara menarik mengenai realme 9 4G adalah penawaran sensor kamera Samsung HM6 sebesar 108-megapixel. Bukan itu sahaja, model ini bakal turut menyertakan sensor kamera 8-megapixel dengan lensa ultra lebar beserta kamera 2-megapixel lensa makro. Kamera hadapan model ini bakal ditawarkan dengan sensor sebesar 16-megapixel.
Pihak realme turut memaklumkan model terbaru mereka pada kali ini bakal turut dilengkapkan dengan teknogi NonaPixel Plus yang disertakan 9Sum Pixel Binning dalam membantu para pengguna mendapatkan imej yang pencahayaan yang lebih baik dalam menghasilkan imej terbaik di setiap foto yang diambil.
Setakat ini masih belum diketahui lebih lanjut mengenai realme 9 4G yang bakal ditawarkan buat pasaran Malaysia. Sama-sama kita nantikan lebih lanjut menerusi pelancarannya pada 20 April ini di mana model ini dijangka akan ditawarkan dengan harga di bawah RM1,000.
Tular pada minggu ini apabila terdapat netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila mendapati program ePemula yang dikhususkan buat para pelajar yang dibenarkan untuk perbelanjaan secara offline sahaja.
Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja
Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’