Seperti kita sedia maklum, realme sudah menjadi antara pilihan ramai pengguna tempatan dalam mendapatkan peranti berkualiti pada harga marhaen. Boleh dikatakan setiap peranti yang ditawarkan pasti menerima sambutan yang baik daripada pengguna tempatan.

Kini realme baru sahaja melancarkan secara rasmi dua peranti terbaharu buat pasaran tempatan iaitu realme 9 4G dan realme Pad Mini. Kedua-dua peranti ini menampilkan spesifikasi menarik dengan harga mampu milik. Mari kita lihat spesifikasi penuh bagi kedua-dua peranti yang baru memasuki Malaysia.

realme 9 4G

Sumber Gambar: realme

Model realme 9 4G ini dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.4-inci beresolusi FHD+ bersama sokongan refresh rate 90Hz. Selain itu, ia dijana dengan Snapdragon 680 berserta memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 126GB. Panel paparan pula menggunakan Gorilla Glass 5 untuk perlindungan yang lebih baik.

Tarikan utama model ini adalah kameranya yang hadir dengan 108MP ProLight dengan sensor Samsung ISOCELL HM6, sudut lebar 8MP dan makro 2MP untuk bahagian belakang. Untuk kamera swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP.  Malah, anda boleh memanfaatkan sokongan Street Photography Mode untuk menghasilkan gambar di jalan yang baik.

Sumber Gambar: realme

Bateri pula sebesar 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas Dart Charge 33W. Antara ciri menarik lain juga adalah pengimbas cap jari bawah di bawah skrin dan kali ini turut boleh digunakan untuk membaca nadi. Model ini menjalankan Realme UI 3.0 berasaskan Android 12 dan hanya menyokong rangkaian 4G.

Di Malaysia, Realme 9 4G hadir dengan dua variasi iaitu sama ada 6GB/128 GB yang dijual pada harga RM899 dan 8/128GB pula sedia ditawarkan dengan harga RM999 di Shopee. Bagaimanapun, anda berpeluang mendapatkan versi 6GB/128GB dengan harga serendah RM829 bermula 22 April bersempena pelancaran terbaru ini.

realme Pad Mini

Sumber Gambar: realme

realme Pad mini hadir dengan skrin LCD bersaiz 8.7-inci beresolusi WXGA+ bersama janaan cip pemprosesan Unisoc T616 dengan GPU Mali-G57. Selain itu, tablet ini dilengkapai memori sehingga  4GB dan storan dalaman 64GB yang mana boleh ditambah sehingga 1TB menerusi kad mikro SD.

Seterusnya, tablet ini juga dilengkapi dengan sebuah kamera 8MP HD pada bahagian belakang dan kamera swafoto 5MP HD. realme Pad Mini turut hadir dengan speaker stereo yang diiktiraf oleh Dirac. Bateri sebesar 6,400 mAh dengan pengecasan asa 18W. Menariknya, tablet ini turut boleh digunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti lain.

Sumber Gambar: realme

realme pad mini sedia menjalankan Realme UI for Pad berdasarkan Android 11. Tablet ini dilihat sebagai sebuah tablet asas yang sesuai untuk tujuan pembelajaran dan hiburan kasual. realme memberi dua pilihan warna iaitu kelabu dan biru.

Anda boleh dapatkan tablet ini pada harga RM699 untuk 3/32GB WiFi, sementara RM749 untuk 3/32GB LTE dan akhir sekali RM799 untuk 4/64GB LTE. Jualan akan bermula pada 25 April ini dan menariknya model 3/32GB untuk WiFi dan LTE akan dijual pada harga RM599 dan RM699.

Buat anda yang berminat, bolehlah rebut peluang ini untuk mendapatkan peranti realme pada harga lebih rendah bersempena pelancaran kali ini.

Ikuti juga kisah menarik seorang lelaki Ukraine ini berjaya menjejaki AirPods dan juga pergerakan tentera Rusia secara tidak sengaja.

Angkara AirPods Dicuri, Lelaki Ukraine Ini Secara ‘Tidak Sengaja’ Berjaya Jejak Pergerakan Tentera Rusia

Dianggap ‘Mampu Milik’, Elon Musk Bakal Tawarkan Penerbangan Ke Marikh Pada Harga RM425,000

Sumber