Bermula hari ini, para pelajar berusia 18-20 tahun berwarganegara Malaysia berpeluang menebus kredit ePemula bernilai RM150 setiap individu yang disalurkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Difahamkan peruntukan RM300 juta ini akan mampu memberi manfaat khas kepada lebih 2 juta golongan belia serta pelajar IPT sepenuh masa di institut pengajian tinggi dalam usaha meringankan beban kewangan.

Sebanyak empat platform atau aplikasi sedia ditebus para pelajar menerusi program ePemula terdiri daripada BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch โ€˜n Go eWallet.

Di sebalik inisiatif yang ditawarkan, apa yang mengejutkan segelintir netizen khususnya para belia adalah program skim transaksi tanpa tunai ini walau bagaimanapun tidak membenarkan pengguna untuk berbelanja secara dalam talian.

Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menebus menerusi salah satu daripada empat platform terpilih dan membelanjakannya dan hanya dibenarkan untuk berbelanja secara offline sahaja.

Berikut merupakan respon netizen selepas mendapati tebusan ShopeePay yang sinonim untuk perbelanjaan atas talian hanya sah digunakan untuk perbelanjaan offline.

Sehubungan dengan itu, para pelajar yang terlibat dalam menerima eBelia dinasihatkan agar memilihkan platform yang sesuai untuk kegunaan dalam memudahkan perbelanjaan di rangkaian kedai terpilih kelak.

Tular pada minggu lalu apabila aplikasi Touch ‘n Go eWallet dilaporkan sedia menawarkan skim pinjaman peribadi mencecah RM10,000 beserta kadar faedah yang tinggi.

Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Sedia Tawarkan Skim Pinjaman Peribadi Mencecah RM10,000

Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’