Pada hari ini, kita sendiri boleh melihat lebih banyak syarikat dan bisnes sudah beralih ke arah digital kerana mahu melancarkan operasi seharian mereka dan seumpamanya. Maka, semakin banyak orang perlu menguasai kemahiran digital selari dengan tranformasi teknologi semasa.

Perkara ini terbukti apabila kerajaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa permintaan pekerja dengan kemahiran digital telah meningkat sebanyak 300% di Malaysia pada tahun 2021 lalu jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Sumber Gambar: Dagang News

Angka ini berjaya didapatkan hasil daripada kajian terbaru MDEC dan mendapati hampir 20% daripada permintaan pekerja dengan kemahiran digital dipenuhi oleh para graduan untuk tahun berkenaan. Selaras dengan peredaran zaman, kini permintaan untuk pekerja dengan kemahiran digital meningkat mendadak.

Ditambah pula pelbagai syarikat telah mulai mengintegrasikan penerapan digital pada operasi seharian mereka dalam menjadikan produktiviti lebih meningkat. Bukan itu sahaja, sejumlah syarikat terkemuka pada hari ini turut menyediakan pembelajaran kemahiran digital seperti Microsoft, Google, AirAsia dan banyak lagi.

Pada bulan lalu, sebuah kedai serbaneka di Jepun dilaporkan sedia menawarkan gaji yang lumayan untuk jawatan operator robot.

Operator Robot Kedai Serbaneka Di Jepun Sedia Ditawarkan Dengan Gaji Setinggi RM62 Sejam

Kelas Menjadi ‘Influencer’ Media Sosial Sudah Mulai Ditawarkan Di Universiti Ternama