Penggunaan robot sudah boleh dilihat secara terbuka dengan lebih kerap di sesetengah negara seperti di Jepun. Robot-robot ini pula digunakan untuk pelbagai industri dalam memudahkan sesuatu urusan seharian mereka.

Syarikat Telexistence yang membekalkan robot ini telah mengumumkan penawaran gaji kepada pemandu robot yang berminat dengan angka yang lumayan. Gaji asas yang ditawarkan adalah  1,450 Yen (~RM50) yang mana perlu berkerja empat hari seminggu dengan syif selama sembilan jam.

Sumber Gambar: Twitter

Angka gaji meningkat ke 1800 Yen (~RM62) sejam sekiranya bertugas pada syif malam pula. Bagaimanapun, pemandu hanya perlu mengambil alih kawalan robot sekiranya berlaku masalah sahaja kerana robot-robot ini telah diprogramkan untuk melakukan tugas mengisi semula secara automatik oleh kecerdasan buatan.

Tugas-tugas fizikal yang berat kini dilihat sudah mulai digantikan dengan robot serta keceredasan terutamanya di Jepun kerana kekurangan tenaga kerja. Walaupun robot-robot ini dilihat sebagai ancaman kepada kekurangan peluang perkerjaan bagi sesetengah orang, ia masih memerlukan permehatian manusia jadi timbulnya peluang pekerjaan baru lain.

Tular baru-baru ini seorang pemilik sate mengongsikan pengalaman menggunakan robot pelayan yang mampu menjimatkan kos lebih RM10,000 sebulan.

Jimat Lebih RM10,000 Sebulan, Pemilik Sate Rono Kongsi Perubahan Selepas Guna ‘Robot Pelayan’

Elon Musk Perkenalkan Tesla Bot, Robot Seakan Manusia Dengan Teknologi AI

Sumber