Valve sekitar Julai lalu telah mengumumkan penawaran konsol Steam Deck yang bakal ditawarkan pada penghujung tahun ini. Kehadiran konsol mudah alih ini nyata membuatkan ramai gamer teruja untuk mendapatkannya.

Dari segi rekaan, Steam Deck menyerupai konsol permainan yang sedia ada di pasaran iaitu Nintendo Switch. Akan tetapi, Steam Deck dilihat lebih cenderung kepada penawaran fungsi komputer mudah alih.

Kedua-dua konsol permainan ini mempunyai sasaran pelanggan yang berbeza. Terdapat perbezaan ciri-ciri konsol permainan di antara Steam Deck dan Nintendo Switch yang ramai perlu ketahui bagi menentukan kesesuaian citarasa anda.

Steam Deck

Pertama sekali, Steam Deck dilihat mempunyai spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding Nintendo Switch. Konsol ini dikuasakan dengan cip AMD APU Zen 2 serta sokongan grafik AMD RDNA di mana mampu menjalankan permainan yang berspesifikasi tinggi atau permainan komputer tanpa sebarang masalah menerusinya.

Ditambah pula dengan sokongan ciri ray tracing yang tersedia membolehkan cahaya, pantulan dan bayang di dalam permainan kelihatan lebih realistik. Oleh kerana kemampuannya menjalankan perisian berat, ianya mempunyai jangka hayat yang lebih pendek yang mana mampu dimainkan sekitar 2 jam sehingga 8 jam sahaja.

konsol permainan
Sumber Gambar: PC Mag
konsol permainan
Sumber Gambar: Mobimania

Konsol ini juga disertakan sistem operasi SteamOS berasaskan Linux yang mampu mengakses sebahagian besar penawaran perisian dan permainan komputer menerusi platform Steam.Pengguna berpeluang memasang aplikasi pihak ketiga dan digunakan seperti sebuah komputer. Terdapat sokongan sambungan paparan tambahan bagi menikmati pengalaman tontonan yang lebih besar.

Pilihan penawaran storan dalaman yang lebih banyak boleh didapati pada Steam Deck. Di samping itu, Steam Deck juga dilihat lebih berat yang mungkin sedikit sebanyak menyebabkan pengguna berasa lenguh bagi penggunaan jangka masa panjang. Dari segi harga pula, sudah boleh dijangka bakal ditawarkan pada harga yang lebih tinggi berbanding Nintendo Switch.

Pro

  • Mampu menjalankan permainan yang berspesifikasi tinggi dengan lancar.
  • Pilihan variasi storan dalaman yang lebih besar.
  • Penawaran sejumlah besar permainan dan aplikasi yang boleh diakses menerusi platform Steam.

Cons

  • Penawaran harga yang lebih mahal.
  • Lebih berat berbanding konsol permainan yang lain.
  • Controller yang kompleks dan tidak boleh ditanggalkan

Harga: $399 (~RM1,676)

Nintendo Switch

Nintendo Switch juga mampu menawarkan pengalaman permainan yang menarik memandangkan ianya sudah lama berada dalam industri. Nintendo Switch dilengkapi sistem operasi tersendiri yang bakal memberikan akses kepada gedung permainan, Nintendo eShop, berita terkini dan sebagainya. Pengguna masih boleh memuat turun aplikasi pihak ketiga seperti YouTube, Music Maker dan sebagainya menerusi platform Nintendo eShop.

Berikutan penawaran storan dalaman yang terhad, ruangan slot mikro SD telah disediakan yang boleh memuatkan sehingga 2TB. Masa penggunaan sehingga 9 jam lamanya sudah pasti menjanjikan pengalaman permainan pada jangka masa yang panjang dengan lancar. Rekaan controller Nintendo sangat ikonik kerana boleh ditanggal berserta pelbagai fungsi.

Sumber Gambar: USA Today
Sumber Gambar: Ladbible

Rekaannya tampak lebih selesa dan kompak untuk dipegang oleh pengguna. Prestasi yang ditampilkan masih dikira sangat baik kerana majoriti permainan tajuk terkemuka telah direka khas bagi platform Nintendo Switch.

Penawaran harganya lebih mampu milik berbanding Steam Deck. Menariknya, dock pengecas Nintendo Switch juga boleh dipakai oleh peranti lain untuk tujuan pengecasan. Penawaran sokongan Bluetooth yang tersedia pada Joy-Con boleh dihubungkan pada peranti lain seperti telefon pintar atau boleh dijadikan remote.

Pro

  • Sebilangan besar pilihan permainan terkemuka yang direka khas untuk Nintendo Switch.
  • Rekaan yang menarik serta sedap dipegang.
  • Jangka hayat bateri yang panjang.

Cons

  • Penawaran storan dalaman yang kecil.
  • Controller yang tidak responsif pada sesetengah keadaan.
  • Pemprosesan grafik yang tidak konsisten.

Harga:$300 (~RM1,248.60)

Walaupun boleh dilihat Steam Deck menawarkan lebih banyak fungsi serta spesifikasi yang mantap, ianya masih baharu dan belum dipastikan sama ada berupaya menampilkan prestasi seperti yang diperkatakan. Tambahan pula, Steam Deck masih berada di fasa awal sebelum ia benar-benar stabil bagi menawarkan pengalaman permainan yang baik.

Sementara Nintendo Switch pula sudah lama berkecimpung dalam platform konsol mudah alih yang membawakan pengalaman permainan yang interaktif serta mudah dibawa ke mana-mana. Selain itu, Nintendo Switch juga lebih mudah mendapat sokongan sekiranya menghadapi masalah oleh kerana lebih dikenali umum.

Kedua-dua konsol permainan ini menawarkan pengalaman penggunaan yang berbeza. Steam Deck dilihat sebagai alternatif kepada mereka yang ingin konsol yang berkuasa tinggi seperti mini PC. Nintendo Switch masih menjadi pilihan utama kerana penawaran permainan terkemuka hanya disediakan secara esklusif pada platform tersebut.

Model terbaru Nintendo Switch OLED hadir dengan paparan yang lebih baik bakal ditawarkan seawal Oktober ini buat peminat konsol tersebut.

Nintendo Switch OLED Diperkenalkan Dengan Paparan Yang Lebih Besar Dan Jelas

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch