Sekiranya anda merupakan seorang gamer tegar pastinya anda cukup tahu dengan syarikat Valve. Berjaya mengeluarkan seleksi game yang menarik membuatkan pembangun ini mempunyai jumlah peminat yang ramai.

Pada hari ini, Valve telah mengumumkan pelancaran sebuah konsol mudah alih yang dinamakan sebagai Steam Deck. Model yang dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 7-inci beserta 60Hz refresh rate ini membolehkan para gamer memainkan permainan yang tersedia pada platform Steam.

Valve Steam Deck dikuasakan oleh processor AMD APU Zen 2 yang bakal menyokong permainan daripada platform Steam sendiri. Hal ini telah meletakkan Steam Deck sebagai konsol mudah alih yang berkuasa tinggi di pasaran.

Konsol ini juga dilengkapi dengan sistem operasi Steam OS 3.0 yang berasaskan Linux serta menggunakan perisian Proton bagi membolehkan permainan Windows dijalankan dengan stabil dan lancar. Selain itu, sistem konsol ini didatangkan dengan storan RAM 16GB serta ruang slot mikroSD tambahan untuk menambah kapasiti ruang penyimpanan.

Model ini hadir dengan bateri berkapasiti 40Whr yang menawarkan masa permainan antara 2 jam sehingga 8 jam. Pengguna juga boleh mengecas konsol tersebut menggunakan pengecas 45W jenis USB-C.

vocket-tech-news-steam-3
Sumber Gambar: VGC

vocket-tech-news-4

Seperti juga pesaing Nintendo Switch, Steam Deck berkemampuan untuk disambungkan ke skrin paparan luar ke TV atau monitor melalui display port yang disediakan.

Valve memaklumkan bahawa Steam Deck bakal ditawarkan di Amerika Syarikat, Eropah, Kanada, dan UK bermula pada akhir tahun ini dan diikuti dengan negara lain menjelang tahun 2022. Harga yang bakal ditawarkan buat Steam Deck adalah sekitar $399 (~RM1,676).

vocket-tech-news-steam-1

Konsol ini bakal menjadi saingan hebat kepada jenama konsol yang sedia ada berikutan harga dan spesifikasi yang ditawarkan sangat kompetitif. Pelancaran model ini berjaya membuatkan orang teruja melihatkan penawarannya yang membolehkan para gamer PC bermain game secara mudah alih.

Dalam bulan ini juga, Nintendo telah memperkenalkan konsol Nintendo Switch OLED dengan paparan yang lebih luas dan jelas.

Nintendo Switch OLED Diperkenalkan Dengan Paparan Yang Lebih Besar Dan Jelas

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch

Sumber