Baru-baru ini kecoh satu Malaysia terumatanya di platform Twitter mengenai sebuah ciapan yang dibuat mengenai isu soalan yang diajukan di kenduri kawin. Ciapan tersebut menjadi perdebatan hangat dan tular di pelbagai platform media sosial lain yang digunakan netizen.

Ciapan yang dibuat oleh seorang individu bernama Wan Hasifi Amin telah menerima respons pelbagai daripada netizen berkenaan soalan-soalan sensitif seperti pekerjaan, tempat kerja dan seumpamanya yang baginya tidak wajar ditanya kepada orang lain.

https://twitter.com/drhasifi/status/1488014603628183552?s=20&t=JZ8bJVtE97lr0B4RySi6Sg

Beliau bagaimanapun telah membuat penjelasan bahawa itu adalah satu eksperimen yang dibuat untuk syarikatnya sendiri menerusi perkongsian di Facebook. Eksperimen yang dijalankan bertujuan untuk menganalisa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedang dirangka untuk kegunaan Jabatan Konten dan Jabatan Pemasaran di syarikatnya.

SOP yang dinamakan Tatacara Pemilihan Tajuk & Penulisan di Media sosial ini mempunyai beberapa kriteria yang perlu ditetapi untuk dijadikan sebagai panduan kelak. Antara kriteria yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

  1. Tidak menunggang populariti pihak lain. (contohnya: memuat naik screenshot hantaran pihak lain dan membuat ulasan).
  2. Tidak memfitnah mana-mana pihak.
  3. Tidak mengecam atau mengaibkan mana-mana pihak.
  4. Tiada unsur negatif.
  5. Yang paling penting mempunyai kesemua elemen ‘viral coefficient’ yang tinggi (yang telah saya kenal pasti melalui pelbagai kajian).

Berdasarkan keputusan yang diterima eksperimen tersebut, beliau berjaya menghasilkan sebanyak tiga juta impression dalam tempoh kurang daripada tiga hari. Dikatakan ini juga merupakan salah satu teknik yang dipanggil ‘digital marketing hacks’ yang mana tiada kos terlibat sementara hantaran yang dibuat menerima bacaan jutaan kali oleh netizen.

Sumber Gambar: Facebook Wan Hasifi Amin

Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa sudah lama tidak aktif di platform Twitter dan hanya membuat hantaran tersebut pada tahun ini untuk menganalisa pelbagai sumber kajian terhadap algoritma Twitter.  Twitter juga dilihat sebagai sebuah medium yang sangat efisien dalam menyebarkan maklumat yang bermanfaat kepada netizen.

Akan tetapi, Twitter hanya menyediakan ruang 280 huruf sahaja bagi setiap hantaran. Untuk mencipta ‘engagement mechanism’, Twitter turut menyediakan beberapa butang fungsi utama iaitu ‘Retweet with Comment’, ‘Retweet’, ‘Quote Tweet’ dan ‘Likes’. Hal ini sekaligus menjadi satu cabaran untuk menghasilkan hantaran yang menarik dan ringkas.

Bagi fungsi ‘Likes’ dan ‘Retweet’, kebiasaannya digunakan oleh pengguna Twitter yang bersetuju terhadap sesuatu kenyataan yang dihantar oleh seseorang pengguna yang lain. Perbezaan yang didapati hanyalah ‘Likes’ menyatakan persetujuan sementara ‘Retweet’ yang bermaksud persetujuan serta mahu menyebarkan kenyataan tersebut.

Analisis di Twitter

Berdasarkan kajian oleh pelbagai pihak, fungsi ‘Quote Tweet’ dan ‘Tweet With Comment’ pula secara puratanya 80% daripada pengguna kedua-dua fungsi ini menyatakan persetujuan manakala selebihnya 20% lagi melakukan hantaran tidak bersetuju dengan kenyataan seseorang pengguna Twitter yang lain.

Intipati kajian ini juga didapati menunjukkan secara puratanya pengguna Twitter membuat keputusan menggunakan fungsi ‘Likes’ dan ‘Retweet’ dalam tempoh kurang daripada 30 saat sahaja setelah membaca sesuatu kenyataan.

Bagi fungsi ‘Quote Tweet’ dan ‘Tweet with Comment’  pula secara puratanya mengambil masa kurang daripada seminit sahaja untuk menggunakan fungsi tersebut setelah membaca sesuatu hantaran oleh pengguna lain.

Dalam masa yang sama, difahamkan sesuatu hantaran yang ditulis dalam tempoh kurang seminit juga di Twitter majoritinya adalah berlandaskan emosi dan pegangan peribadi tanpa menganalisa sesuatu isu tersebut secara terperinci. Beliau juga memaklumkan sudah mengetahui risiko serta komen negatif yang diterima oleh para netizen terhadap hantaran eksperimen itu.

Akhir sekali, beliau juga meninggalkan pesanan tentang sesebuah penghasilan penulisan masih boleh berpotensi tinggi untuk menjadi viral dengan dilakukan secara berprinsip tanpa mengaibkan sesiapa dan menyebarkan perkara negatif.

Menariknya, beliau turut dikatakan menerima lebih daripada 100 mesej peribadi daripada pemilik perniagaan yang bertanyakan jika terdapat servis pemasaran dan kelas pemasaran. Ditambah pula, para pemilik perniagaan sudah mempunyai persepektif yang berbeza apabila melihat hantaran tersebut hanyalah sebagai eksperimen semata-mata.

Dengan kuasa Twitter jugalah, Ghozali berjaya menjadi jutawan segera dan terkenal dengan ciapan yang tular akan penjualan NFT unik beliau.

Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter

Twitter Tidak Layan Laporan SKMM Terhadap Tweet Tidak Puas Hati Netizen

Sumber