Ketika ini bayaran bulanan Netflix semakin meningkat terutamanya di Amerika Utara dan Eropah. Hal ini kerana untuk menanggung sejumlah kandungan baharu yang ingin ditawarkan kepada pengguna di platform penstriman terkenal tersebut.
Terbaharu, sudah mulai kedengaran bahawa Netflix akan memberikan pelan langganan bulanan dengan sokongan iklan supaya boleh dibayar dengan harga lebih murah oleh pengguna. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh CEO Netflix, Reed Hastings yang mana akan pertimbangkan pelan yang lebih murah ini dalam masa setahun dua lagi.
Reed says yes to advertising for the first time ever? Huge effort to build their ad stack. Would it make sense to license content to Roku instead, or bring Roku ad tech into Netflix? pic.twitter.com/mNBt1O0Zbv
— Marcelo P. Lima (@MarceloPLima) April 19, 2022
Lanjutan daripada itu, pengguna masih diberikan pilihan untuk melanggan kepada pelan tanpa iklan tetapi mereka hanya diberikan pilihan di masa hadapan. Malah, beliau juga akui perubahan ini dibuat oleh kerana sambutan yang baik diterima oleh platform pesaing dengan menawarkan ciri sedemikian.
Keputusan itu juga mengesahkan pelaburan industri pengiklanan dalam penstriman mempunyai permintaan tinggi daripada syarikat gergasi di luar sana. Dengan ini, mereka mahu mengiklankan produk atau servis masing-masing dalam menarik lebih banyak pelanggan baru serta memperkenalkan jenama di peringkat global.
Selain itu, pihak Netflix juga bakal kenakan bayaran tambahan untuk akaun yang mahu berkongsi dengan pengguna lain.
Ekoran Salah Guna Akaun, Netflix Bakal Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Akaun Yang Berkongsi
Netflix Sedia Tawarkan Pelan Percuma Buat Negara Asia Bermula Dengan Vietnam