Netflix kini sudah menawarkan pelbagai permainan kasual daripada tajuk-tajuk terkemuka menerusi aplikasi penstriman mereka. Para pengguna bukan hanya boleh menonton kandungan menarik sahaja, bahkan boleh meluangkan masa dengan bermain permainan seperti Stranger Things: The Game, Shooting Hoops dan sebagainya.

Terbaharu, para pengguna tempatan bagi aplikasi Netflix sama ada di Android mahupun iOS telah menerima kemas kini terbaharu yang membolehkan anda memainkan beberapa permainan berdasarkan siri televisyen terkenal secara percuma. Anda juga boleh mengakses pada bila masa-masa tanpa sebarang iklan menerusinya.

Sumber Gambar: MSN

Pada ruangan paparan utama, Netflix telah menambah satu bahagian tambahan yang mempamerkan senarai permainan yang ditawarkan buat para pengguna. Untuk memainkan permainan tersebut, pengguna boleh mengklik pada mana-mana tajuk permainan yang kemudiannya akan dialihkan ke gedung Google Play Store dan App Store.

Selepas anda selesai memuat turun, barulah ia boleh dimainkan menerusi aplikasi Netflix ini. Setakat ini, ciri Netflix Games ini hanya ditawarkan kepada peranti Android dan iOS kerana permainan perlu dimuat turun melalui kedua gedung aplikasi ini sahaja. Difahamkan juga pihak Netflix akan menambah berbagai permainan dari semasa ke semasa.

Selain menawarkan sejumlah ciri kandungan menarik padanya, Netflix juga tahu cara mempengaruhi pengguna dalam membuat pilihan tontonan menerusi thumbnail.

Bagaimana Netflix Pengaruhi Pengguna Dengan Pemilihan Tontonan Menerusi Thumbnail

Bagaimana Netflix Mampu Buatkan Anda Ketagih Menonton Dan Terus Melanggan

Sumber