Sejak 1 Mei yang lalu, majoriti kita sudah tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dengan kerap lagi kerana tidak diwajibkan ‘check in’ di premis-premis. Namun, dengan peningkatan kes wabak cacar monyet di luar negara sekaligus menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadapnya.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan semula penggunaan MySejahtera bagi tujuan pemantuan pelawat yang datang ke Malaysia dari negara-negara yang berisiko tinggi.
Pelawat yang berasal dari negara Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Belanda, Cameron Central African Republic, Kongo, Nigeria, Perancis, Kanada, Portugal, Itali, Sepanyol, Sweden dan UK akan menerima notifikasi dalam MySejahtera bahawa mereka berisiko.
Aplikasi ini juga akan digunakan sepanjang tempoh pemantauan dari rumah bagi pesakit sekiranya penyakit ini dikesan di Malaysia. Setakat ini, sudah dilaporkan lebih 200 kes cacar monyet yang dilaporkan seluruh dunia dan masih tiada lagi dikesan di Malaysia.
Sementara itu, pengedaran tablet PerantiSiswa difahamkan bakal alami penangguhan selama sebulan kerana berlaku masalah tender.
Pengedaran Tablet PerantiSiswa Bakal Mengalami Penangguhan Selama Sebulan