Secara lazimnya, individu berusia 25 tahun mungkin bergelut dalam menyertai dunia pekerjaan atau baru sahaja tamatkan alam pembelajaran. Berusaha mencapai kehidupan yang lebih selesa sudah menjadi keutamaan pada usia ini.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan individu bernama Alexandr Wang di mana beliau pada usia 25 sudah berjaya dinobatkan Forbes sebagai self-made billionaire termuda dunia pada ketika ini.

Menariknya, kejayaan yang diperoleh bermula dengan usaha beliau sendiri apabila memilih untuk berhenti belajar pada usia 19 tahun di MIT (Massachusetts Institute of Technology) dalam meneruskan cita-citanya dalam menjadi pengasas bersama sebuah syarikat teknologi dinamakan sebagai Scale AI.

Sumber: Forbes

Dibesarkan di Amerika Syarikat, anak kepada dua ahli fizik yang membangunkan senjata bagi tujuan peperangan ini nampaknya turut menyalurkan kepakarannya dalam bidang yang sama dengan cara yang berbeza.

Syarikat Scale AI yang dibangunkan merupakan sebuah syarikat yang memfokuskan AI melibatkan data di mana syarikat ini bukan sahaja sudah membantu 300 syarikat lain malah turut menjadi tulang belakang kepada pihak ketenteraan Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, ScaleAI turut mempunyai teknologi dalam mengesan kesan bom sesebuah kawasan sepertimana kesan bom Rusia kepada Ukraine dengan pantas.

Selain itu, kepakaran dalam bidang pembacaan data AI serta kereta swapandu antara yang membuatkan syarikat ini menjadi pilihan syarikat lain dalam mendapatkan khidmat yang diperlukan.

Bagaimana Alexandr Wang berjaya muncul sebagai bilionair termuda?
Sumber: the information

Titik tolak Alexandr Wang berjaya muncul sebagai bilionair termuda bermula apabila syarikatnya berjaya dinilai sebanyak $7.3 bilion (~RM32.03 bilion).

Meraih jumlah pelaburan yang tinggi serta memiliki sekitar 15% saham syarikat sekaligus menjadikan aset Alexandr Wang dinilai sekitar $1 bilion (RM4.39 bilion).

Untuk pengetahuan, pemilihan beliau untuk berhenti belajar di MIT bukanlah disebabkan masalah pembelajaran memandangkan beliau berjaya meraih pelbagai anugerah dalam bidang matematik dan coding.

Malah, pada usia 17 tahun, beliau sudah berjaya membuktikan kehebatan beliau dalam bidang coding dalam membantu beberapa jenama besar seperti Toyota Research Institute, OpenAI dan Lyft dalam meraih keuntungan berganda.

Ikuti perkongsian pemilik Sate Rono yang memaklumkan kos operasi dapat dijimatkan sehingga RM10,000 selepas menggunakan ‘robot pelayan’.

Jimat Lebih RM10,000 Sebulan, Pemilik Sate Rono Kongsi Perubahan Selepas Guna ‘Robot Pelayan’

Mufti WP Menfatwakan Haram Aktiviti Jual-Beli Dalam Talian Ketika Solat Jumaat