Seperti ramai sedia maklum, aplikasi MySejahtera sering kali digunakan dalam mengimbas kod sebelum memasuki sesebuah premis. Pengimbasan kod ini secara tidak langsung memberi makluman kepada premis bahawa individu berkenaan sudah melengkapkan suntikan vaksin atau sebaliknya.
Terbaharu, menerusi perkongsian Twitter @KhairyKJ, beliau telah memaklumkan aplikasi MySejahtera telah menambah sebuah lagi fungsi iaitu MySejahtera Trace (MySJ Trace).
Menerusi fungsi terbaru ini, pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19 lebih mudah dikesan menggunakan teknologi bluetooth. Selain itu, fungsi yang dibangunkan ini memenuhi keperluan program cari, uji, jejak, asing dan sokong (FFTIS) iaitu salah satu program pemantauan KKM bagi mencegah dan mengawal penularan jangkitan COVID-19.
Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada @KKMPutrajaya untuk proses pengesanan kontak dibuat.
Semua data interaksi adalah anonymised.
Ciri baharu ini sangat digalakkan apabila ke tempat awam setting indoor.
Ciri checkout tidak lagi di pakai. pic.twitter.com/pbIkpm3V0y— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) December 26, 2021
Untuk pengetahuan, aplikasi MySJ Trace menggunakan anomymized Unique User ID (UUID) dan tidak mengumpul maklumat pengguna serta geo-lokasi. Data tersebut hanya boleh diakses oleh KKM dan disimpan dalam peranti pengguna untuk tempoh 14 hari.
Keseluruhan proses pengesanan kontak dan penyimpanan data juga adalah dijamin keselamatan dan kerahsiannya oleh pihak kerajaan. Menerusi pelancaran fungsi MySJ Trace ini juga, modul daftar keluar atau check-out akan diberhentikan dan dikeluarkan daripada aplikasi MySejahtera.
Ciri ini telah dihantar serentak ke Google, Apple & Huawei. Sudah boleh dikemaskini di Huawei. Untuk Google & Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update baharu ini.
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) December 26, 2021
Bagi mendapatkan fungsi terbaru ini, orang ramai dinasihatkan untuk mengemas kini aplikasi MySejahtera ini sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19. Para pengguna juga dinasihatkan untuk mengaktifkan fungsi bluetooth pada telefon pintar bagi mendapatkan maklumat mengenai kontrak rapat.
Ketahui juga cara memohon pelekat RFID semudah memohon menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja.
Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Memohon Pelekat RFID Menggunakan Aplikasi TNG eWallet
Selepas Tersenarai Di NASDAQ, Grab Dilaporkan Berjaya Ambil Alih Jaya Grocer Holdings