Minggu lalu sememangnya menjadi detik bersejarah buat syarikat e-hailing terbesar Asia Tenggara iaitu Grab selepas berjaya menyenaraikan syarikat mereka di NASDAQ Dengan penyenaraian awam yang bernilai sekitar $39.6 billion (RM167 bilion).

Terbaharu, Grab pada minggu ini sekali lagi melakar sejarah selepas berjaya membeli Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd selaku penawar barangan runcit premium di Malaysia dengan harga yang tidak diumumkan.

Sumber: KL foodie

Dilaporkan Grab berjaya mendapatkan sebanyak 75% pegangan saham Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd sekaligus menjadikan Grab sebagai pemegang saham terbesar syarikat berkenaan. Selain itu, Grab juga turut diberi pilihan untuk mendapatkan baki 25% saham Jaya Grocer menerusi sebuah perjanjian.

Untuk pengetahuan, Jaya Grocer sudah mempunyai sebanyak 40 rangkaian sekitar Semenanjung Malaysia di mana majoritinya terletak di sekitar Lembah Klang.

Pemilikan Grab selaku pemegang saham terbesar Jaya Grocer Holdings sekaligus bakal memberi peluang yang besar buat Jaya Grocer untuk terus berkembang dalam menjadi peneraju dalam segmen barangan runcit premium di Malaysia.

Ketahui lebih lanjut mengenai penyenaraian syarikat Grab bernilai RM167 bilion di NASDAQ dengan klik pautan di bawah.

Grab Raikan Detik Bersejarah Dengan Penyenaraian Syarikat Bernilai RM167 Bilion Di NASDAQ

Sudah Mulai Ditawarkan Di Malaysia, Ketahui 3 Kelebihan ATM Bitcoin Buat Para Pengguna