Sejak berlakunya pandemik, majoriti rakyat Malaysia sudah mengamalkan norma baharu termasuklah melakukan pelbagai urusan di dalam talian. Pengguna kini lebih gemar membuat pembelian di dalam talian dan dapat dilihat peningkatan tempahan hotel untuk cuti hujung tahun dan perayaan yang bakal disambut tidak lama lagi.

Akan tetapi, ini bermaksud menjadi masa yang sesuai buat penjenayah siber mengambil peluang untuk mengumpan para pengguna internet yang tidak berwaspada dengan keselamatan dalam talian. Mereka dilihat giat melakukan serangan phishing dan spam emel kepada pengguna internet di seluruh dunia.

malaysia
Sumber Gambar: Secure List

Menerusi laporan Secure List, Malaysia dilihat sudah berada 10 negara dalam senarai ancaman emel daripada penjenayah siber. Bahkan, didapati sejumlah besar emel yang mengandungi perisian hasad telah disasarkan kepada pengguna dalam tempoh suku ketiga 2021. Pelbagai penipuan yang dilakukan oleh suspek dalam usaha untuk menjerat mangsanya.

Antara emel palsu yang dihantar termasuklah promosi hebat daripada jenama terkemuka, cabutan bertuah, polisi vaksinasi dan sebagainya. Maka, ramai yang termakan umpan dengan membuka mesej yang mengandungi perisian hasad tersebut. Akibatnya, maklumat akaun bank berjaya dicuri oleh suspek tanpa diketahui mangsa.

Sumber Gambar: Secure List

Berdasarkan senarai yang dikongsikan, negara Sepanyol telah menerima ancaman paling teruk setakat ini. Kemudian diikuti oleh Rusia, Itali, Brazil, Mexico,Vietnam, Jerman, Emiriah Arab Bersatu dan di tangga ke-10 adalah Malaysia. Perkara ini masih berlaku sehingga ke hari ini walaupun sudah sering kali diingatkan untuk berhati-hati sewaktu pelayaran.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlu sentiasa berwaspada dengan sebarang e-mel yang diterima dan tidak mengisi informasi bank sewenang-sewenangnya pada laman web yang tidak diketahui sumber asal. Selain itu, para pengguna mestilah berfikiran waras apabila melihat sesuatu tawaran yang dihantar menerusi emel.

Sebelum ini, DragonForce telah berkongsi lima cara mengelak daripada menjadi mangsa hacker dan scammer yang berleluasa di dalam talian.

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

DragonForce Kongsi Lima Cara Yang Digunakan Hacker Untuk Godam Akaun Media Sosial Pengguna

Sumber