Terdapat pelbagai jenis kriptowang yang sedia ditawarkan menerusi blockhain dan salah satunya adalah kriptowang Solana. Dikatakan nilai Solana (SOL) telah menunjukkan prestasi yang sangat baik sepanjang tahun ini. Oleh itu, ramai pula yang berminat untuk mendapatkan kriptowang Solana kerana nilai pulangan yang lumayan.
Terbaharu, sebuah hantaran yang dibuat menerusi reddit telah mendedahkan sejumlah besar scammer atau penjenayah siber giat menjerat para pemula dengan laman phishing dan Google ads yang menyebabkan kerugian sebanyak RM2.07 juta. Untuk makluman, Phantom wallet merupakan sebuah tempat simpanan terkemuka untuk token SOL.
Secara tidak langsung, ramai yang terkena perangkap dengan menekan pautan palsu yang direka oleh scammer untuk mengambil token yang disimpan. Seiring dengan itu, Check Point Research telah melakukan siasatan dan mendapati terdapat pelbagai kempen Google Ads berkaitan pautan laman phishing yang boleh ditemui dengan mudah menerusi enjin carian.
Maka, sesiapa yang tidak berjaga-jaga akan tertipu dengan iklan laman web phishing yang tersedia pada senarai carian. Kebiasaannya anda boleh melihat alamat pautan sengaja dieja seakan nama sasaran berserta rekaaan antara muka halaman web yang kelihatan seperti asli. Mereka juga tidak menggunakan extension pada pelayar web apabila siap mencipta akaun wallet.
Mangsa yang tertipu bakal memberikan maklumat akaun wallet mereka kepada scammer lalu ia bakal dihubungkan kepada akaun suspek pula. Perkara ini bukanlah berlaku pada platform ini sahaja, bahkan terdapat kes yang serupa turut terjadi pada pelbagai wallet yang lain juga.
Check Point telah mengingatkan kepada para pemula yang mahu berjinak untuk berhati-hati apabila sewaktu mencipta akaun atau mengakses wallet masing-masing. Laman yang asli selalunya bakal menawarkan extension pada laman pelayar untuk memudahkan akses ke wallet mereka.
Konklusinya, anda perlu peka dengan setiap pautan atau aplikasi yang diakses datang daripada sumber yang dipercayai. Lebih-lebih lagi mengaitkan informasi perbankan anda semasa mengisi sebarang borang yang disediakan dan lain-lain lagi.
Sebelum ini, terdapat juga kes di mana pemilik kriptowang sendiri yang menipu pelaburnya dengan melarikan wang bernilai RM13.71 juta.
Pelaburan ‘Hangus’, Nilai Kriptowang SQUID Ini Junam 99% Hanya Dalam Tempoh 5 Minit
Sanggup Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar Di Kelantan Rugi RM200,000 Angkara Skim Kriptowang