Baru-baru ini aplikasi MySejahtera telah membawakan ciri Verified pada untuk setiap penggunanya. Sebahagian pengguna mungkin masih tiada lagi, jadi anda perlu ketahui cara sahkan akaun MySejahtera yang betul.
Perlu diingatkan anda mesti mengemas kini ke versi terkini (1.1.8) terlebih dahulu untuk mendapatkan ciri Verified atau Sah pada profil peribadi di aplikasi berkenaan. Bagi anda yang masih belum mengesahkan akaun MySj, ia boleh dibuat semudah empat langkah seperti di bawah.
- Pertama sekali, anda hanya perlu klik pada butang ‘Sahkan Segera’ dibawah nama pada halaman utama MySejahtera.
- Kemudian, anda perlu memastikan maklumat peribadi yang tertera adalah betul pada halaman yang dibuka dan klik ‘Sahkan’.
- Selepas itu, klik ‘Ok’.
- Setelah anda mengemas kini profil peribadi pada aplikasi, tanda ‘Verified’ atau ‘Sah’ akan dipaparkan bersebelahan nama anda di halama utama profil.
Pihak MySejahtera sendiri mengatakan fungsi terbaharu ini bertujuan untuk mengesahkan identiti dan tarikh lahir pengguna sekaligus boleh menggunakan sepenuhnya pelbagai ciri pada aplikasi MySejahtera. Ini termasuklah melihat sijil vaksinasi, laporan kontak rapat, laporkan keputusan ujian dan banyak lagi.
Malah, ada sebahagian daripada pengguna yang masih belum mengesahkan akaunnya tidak dapat melihat sijil vaksinasi mereka sekaligus boleh menyukarkan urusan penting jika diperlukan kelak. Dengan mengetahui cara sahkan akaun MySejahtera yang betul dapat mengelakkan situasi teresebut.
Namun begitu, jika anda masih mengalami masalah berkaitan pengesahan atau seumpamanya, boleh dapatkan bantuan MySejahtera Helpdesk bagi langkah selanjutnya. Setakat ini, para pengguna masih wajib menggunakan aplikasi MySejahtera bagi pelbagai tujuan, maka anda sebaiknya mendapatkan pengesahan bagi melancarkan urusan seharian.
Dilaporkan jumlah mendaftar masuk MySejahtera telah menurun sebanyak 25% sejak Jumaat lalu ekoran pendedahan penjualan maklumat pengguna kepada syarikat swasta.
Jumlah ‘Check In’ MySejahtera Dilaporkan Menurun Sebanyak 25% Sejak Jumaat Lalu
YB KJ Bakal Tentukan Imbasan MySejahtera Masih Diperlukan Atau Sebaliknya Dalam Sebulan Lagi