Sudah menjadi kebiasaan buat pengguna peranti untuk menghantar sesuatu gambar untuk menyimpan gambar tersebut terlebih dahulu kemudian baru dikongsikan kepada pengguna lain. Kini anda boleh mempelajari dengan mudah trik hantar gambar Google dengan mudah di iPhone yang ramai tidak ketahui.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @putraz99, beliau mengajar trik hantar gambar Google ke WhatsApp tanpa perlu disimpan pada iPhone. Dengan trik ini, anda boleh berkongsi gambar dengan mudah dan pantas serta boleh menjimatkan ruang di peranti tersebut.

  1. Anda lawati laman carian Google dan masukkan kata kunci untuk gambar yang ingin dikongsikan. Sebagai contoh gambar kereta Lamborghini dan Porsche telah dipilih sebagai subjek.
  2. Klik pada gambar yang diminati.
  3. Tekan dan tahan sehingga keluar pilihan menu padanya lalu klik pada Copy untuk menyalin gambar tersebut.
  4. Pergi ke aplikasi Whatsapp.
  5. Gunakan tiga jari dan letakkan pada skrin lalu geserkan seperti zoom gambar ke luar atau pinch out yang mana hasilnya gambar tersebut boleh dihantar ke penerima tanpa perlu disimpan lagi.
trik hantar gambar
Sumber Gambar: Aplikasi WhatsApp

Trik ini hanya boleh digunakan untuk iPhone model terkini serta sudah dikemas kini dengan versi terbaharu sahaja. Selain Google Chrome, anda juga boleh menggunakan trik yang sama pada laman Safari juga. Malah, trik ini juga boleh digunakan pada mana-mana aplikasi permesejan yang digunakan oleh orang ramai.

@putraz99

Trick Iphone #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #BelajarDigital #mydigitalkkmm #Putraguru #MakeItHappen #PhotographyGuru

♬ original sound – Putra – PutraZ

Terdapat juga cara lain yang mudah juga boleh dipratikkan yang mana pengguna iPhone hanya perlu tekan pada gambar di laman carian lalu klik bahagian Share. Gambar tersebut bakal dihantar seperti mana trik di atas tanpa perlu simpan pada peranti.

Semoga anda boleh gunakan trik berkenaan untuk menghantar gambar dengan lebih mudah dan pantas selepas ini. Anda juga boleh kongsikan artikel ini kepada lebih ramai pengguna iPhone supaya ia boleh dimanfaatkan di dalam aktiviti seharian mereka juga.

Selain itu, anda juga mungkin berminat mengetahui cara mendapatkan diskaun Youtube Premium menerusi e-mel khususnya buat pelajar di luar sana.

Ini Caranya Dapatkan Diskaun YouTube Premium Melalui E-Mel Pelajar

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Hasilkan Slide Secara Online Menggunakan Canva Sahaja

Sumber