Kemajuan teknologi pada masa kini sememangnya semakin berkembang pesat di seluruh dunia. Ia telah diaplikasikan oleh masyarakat dunia kini dalam membantu dalam pelbagai bidang seperti aspek teknologi, tugasan harian dan juga memberi manfaat kepada diri kita.

Seperti perkongsian yang tular baru-baru ini dari @ChairmanGLC di Twitter di mana beliau telah menerangkan tentang penulisan ‘wasiat Google’ dengan hanya menggunakan akaun Google sahaja. Ia bagi menyiapkan diri jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada diri anda.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau telah memperkenalkan cara-cara bagi melakukan perkara tersebut supaya lebih ramai orang tahu dan boleh digunakan pada masa akan datang.

Buat anda yang masih kurang jelas, ‘wasiat Google’ ini juga dikenali sebagai Google Inactive Plan. Pelan ini diciptakan bagi sesiapa yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sesuatu kepada diri anda pada masa hadapan.

Fungsinya adalah untuk memaklumkan kepada individu yang telah disenaraikan oleh anda untuk mengakses dan menguruskan akaun anda setelah mereka tidak aktif untuk jangka waktu yang tertentu.

Apa yang membuat wasiat ini menarik adalah sesiapa yang ingin melakukan ‘wasiat Google’ ini juga boleh menyediakan mesej ringkas khas buat individu yang diserahkan wasiat tersebut.

“Selesai buat wasiat Google. Sekiranya kalau aku mati, semua maklumat dalam Google aku akan pindahkan ke Nawal.

“Siap ada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang khas akan dihantar ke telefon dia dengan mesej yang mengayat hati,” kongsi beliau.

https://twitter.com/ChairmanGLC/status/1347386942539776002

Langkah-langkah bagi penulisan wasiat Google

Langkah pertama bagi memulakan penulisan ‘wasiat Google’ ini ialah anda memerlukan akaun yang didaftarkan di bawah laman sesawang Google. Selepas itu, anda boleh pilih mana-mana tempoh menunggu yang telah ditetapkan.

Seterusnya, sebelum mengambil sebarang tindakan, pihak Google akan menghubungi anda selama beberapa kali melalui SMS dan e-mel.

Setelah melengkapkan kesemua maklumat, anda boleh memilih sehingga 10 orang untuk pihak Google maklumkan sekiranya akaun Google anda tidak lagi aktif. Anda juga boleh memilih untuk memberi akses kepada mereka untuk uruskan sebahagian data anda.

Sekiranya anda menggunakan Gmail, anda juga boleh tetapkan ‘AutoReply’ di mana ia  memaklumkan kepada sesiapa yang menghantar e-mel kepada anda bahawa anda tidak lagi menggunakan akaun ini.

Setelah akaun Google anda tidak lagi aktif, anda diberi pilihan untuk memadamkan kesemua maklumat yang ada di dalam akaun tersebut atau anda ingin terus padam akaun Google tersebut.

Sekiranya anda ingin memberi akses kepada seseorang untuk memuat turun kandungan yang ada di dalam akaun anda, mereka boleh melakukannya tetapi dalam tempoh 3 bulan sahaja sebelum akaun anda dipadam.

Sekiranya anda memilih untuk padam akaun Google anda, ia akan merangkumi data anda yang dikongsi secara terbuka.

Kagum melihat kecanggihan teknologi

Perkongsian berkenaan juga telah mendapat tindak balas yang positif dari rakyat Malaysia malah ada di antara mereka yang tidak tahu akan kewujudan ‘wasiat Google’ sebelum ini membuatkan mereka berasa kagum dan berpendapat ia amat sesuai dengan perkembangan semasa.

“Sangat betul. Ayah mertua saya telah meninggal secara mengejut pada tahun 2018 dan semua maklumat ada di dalam alat elektronik beliau.

“Namun ia tidak dapat diperoleh kerana tiada siapa yang tahu mengenai kata laluan beliau. Ini adalah maklumat yang sangat berguna! Terima kasih,”kata seorang netizen di ruangan komen.

“Idea yang bernas, wasiat alaf baru,” komen netizen.

“Wow baru tau ni. Ingatkan nak infaq je akaun google ni,” luah seorang netizen.

Jika ada yang berminat, boleh klik di sini bagi mereka yang ingin berwasiat dengan menggunakan akaun Google.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini yang berjaya ‘trending’ pada minggu ini di pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/gurauan-terakhir-kawan-netizen-indonesia-kongsi-mesej-terakhir-mangsa-tragedi-sriwijaya-air/

https://www.thevocket.com/sudah-habis-hujah-janna-nick-label-netizen-loser-selepas-bertikam-lidah-soal-filem-di-twitter/

https://www.thevocket.com/serendah-1-meter-sahaja-terowong-ini-tetap-jadi-laluan-utama-di-indonesia-sehingga-kini/

Sumber