Majoriti kita sudah pasti mengenali akan pelayar web terkemuka yang sudah sekian lama ditawarkan iaitu Internet Explorer. Walaupun hadir sebagai pelayar web komersial yang pertama di dalam pasaran namun dilihat sudah tidak relevan lagi.

Dengan itu, pihak Microsoft dilaporkan bakal menamatkan servis pelayar web mereka iaitu Internet Explorer oleh disebabkan beberapa faktor utama. Antara faktor yang dimaksudkan termasuklah kesukaran pelayar web tersebut untuk terus bersaing dengan pesaing lain seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Safari.

Sumber Gambar: Wethegeek

Malah, pelayar web pada ketika ini mempunyai lebih banyak ciri yang menarik dan lebih mesra pengguna berbanding Internet Explorer yang dikira sudah lapuk. Ditambah pula Microsoft sudah pun menyediakan pelayar web alaf baharu yang lebih advance iaitu Microsoft Edge.

Perkara ini bagaimanapun sudah dijangka akan berlaku kerana tiada lagi sokongan yang bakal diterima menerusi Windows 10. Oleh itu, pihak Microsoft telah pun mengingatkan terutamanya para pentadbir IT di organisasi dan juga pengguna untuk menaik taraf menggunakan Microsoft Edge.

Di samping itu, pengguna masih boleh menggunakan IE Mode menerusi Microsoft Edge untuk pelayaran legasi. Selepas tarikh 15 Jun 2022 kelak, perisian Internet Explorer tidak lagi dapat dimulakan, sebaliknya ia akan menjalankan Microsoft Edge secara automatik apabila dimulakan.

Sementara itu, WhatsApp sedia menawarkan penyertaan sehingga 512 ahli dalam sesebuah group.

WhatsApp Sedia Tawarkan Penyertaan Sehingga 512 Ahli Dalam Sesebuah Group

WhatsApp Dengan Kemas Kini Terbaru Tampil Lebih Menarik Dengan Ciri Reaksi Emoji

Sumber