Setelah mengacah ciri reaksi emoji pada bulan lalu oleh pihak WhatsApp, kini mereka telah pun melancarkan ciri tersebut secara rasmi kepada semua pengguna di seluruh dunia menerusi kemaskini terbaharu.

Melalui kemas kini versi kali ini, semua pengguna berpeluang memberikan reaksi berbentuk emoji kepada sesuatu mesej di WhatsApp. Kini anda boleh berinteraksi atau menandakan telah membacanya tanpa perlu membalas dalam bentuk teks lagi.

Sumber Gambar: yahoo

Terdapat sebanyak enam pilihan reaksi menarik yang boleh digunakan oleh orang ramai seperti yang ada di media sosial lain. Bagi anda yang menggunakan WhatsApp khususnya kemaskini versi terkini, anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej untuk tempoh singkat dan kemudian ia akan memaparkan pilihan emoji untuk diberikan pada mesej yang dipilih.

Bahkan, WhatsApp juga memberikan notifikasi kepada pemilik sesuatu mesej apabila menerima reaksi untuk mesej mereka. Bagi anda yang mahu menikmati ciri menarik ini pada WhatsApp, bolehlah kemaskini versi terkini pada peranti yang digunakan.

Sementara itu, pengguna aplikasi TikTok di Malaysia juga sudah boleh membuat pembelian dalam aplikasi menerusi TikTok Shop.

Mahu Mudahkan Pembelian Dalam Aplikasi, TikTok Shop Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Mahu Kekalkan Keaslian Konten, Instagram Mahu ‘Sekat’ Capaian Tontonan Video Daripada TikTok