Microsoft pernah berjanji untuk menawarkan sebuah peti sejuk mini ke dalam pasaran sekiranya Xbox berjaya menewaskan Skittles dalam satu undian jenama popular yang diadakan di Twitter. Kini mereka sedia menunaikan janji mereka dengan memperkenalkan sebuah peti sejuk mini yang dikenali sebagai Xbox Mini Fridge.

Peti sejuk mini ini mampu memuatkan sebanyak 12 tin minuman dan mempunyai ruang berasingan untuk menyimpan makanan ringan. Rekaan serta pemilihan warna tema sudah pasti membawakan penampilan seperti konsol Xbox sendiri di mana pada bahagian luar didatangkan dengan warna hitam kemudian ditambah pula kombinasi warna hijau neon pada bahagian dalamnya.

Ciri menarik yang disertakan pada peti sejuk mini adalah terdapat ruangan port USB di bahagian depan yang membolehkan pengguna mengecas peranti mereka melaluinya dan juga dilengkapi dengan adapter kuasa DC untuk mudah dibawa bergerak ke mana-mana.

Microsoft bakal menawarkan Xbox Mini Fridge ini pada tanda harga $99.99 (~RM412.66) di Amerika Syarikat terlebih dahulu dan sudah mulai dibuka untuk pra-tempah mulai 19 Oktober ini. Penghantaran akan mula dibuat pada bulan Disember ini dan difahamkan bakal ditawarkan secara meluas menjelang tahun 2022 kelak.

Sementara itu, Bauhette sudah melancarkan sebuah tilam ‘gaming’ dengan harga bermula RM1,068 sahaja demi keselesaan gamer di luar sana.

Bauhette Lancar Tilam ‘Gaming’ Dengan Harga Serendah RM1,068 Sahaja

Razer Lancar Sarung Jari Untuk ‘Gaming’ Pada Harga RM42 Sahaja