Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Microsoft pada minggu ini telah pun menamatkan secara rasmi sokongan untuk pelayar web Internet Explorer. Hal ini membuatkan ramai beralih ke pelayar web lain termasuklah menggunakan Microsoft Edge yang lebih terkini.

Sementara di Jepun, terdapat laporan yang mengatakan bahawa hampir separuh perniagaan masih bergantung kepada pelayar web Internet Explorer. Hal ini kerana sistem yang digunakan oleh klien dalam melakukan tempahan serta untuk pengurusan kerja.

Sumber Gambar: ABC News

Malah, pelbagai notis berkaitan pencen dan persaraan masih perlu menggunakan pelayar web Internet Explorer. Oleh itu, sebahagian besar entiti  yang terkesan di Jepun kini masih mencari solusi untuk menyesuaikan sistem operasi masing-masing dengan pelayar web yang berlainan atau menggunakan mod IE pada Microsoft Edge.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Dengan ini, mungkin kita akan melihat negara Jepun untuk beralih ke perkhidmatan yang lebih moden. Walaupun Jepun menjadi negara termaju di dunia, mereka sebenarnya masih menggunakan beberapa teknologi lama yang mana dilihat masih praktikal dan selesa digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

Sementara di Korea Selatan, mereka telah membina batu peringatan untuk Internet Explorer setelah berkhidmata selama 27 lamanya.

27 Tahun ‘Berbakti’, Batu Peringatan Internet Exporer Didirikan Di Korea Selatan

Didakwa Menipu Dalam Skim Piramid Doge Coin, Elon Musk Disaman Dengan Nilai RM1.1 Trilion

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group