Maybank sememangnya pilihan ramai dalam melakukan transaksi dalam talian untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, pelbagai ciri baharu dikemas kini untuk memudahkan urusan seharian pengguna menerusinya.

Terkini, Maybank telah menambah sebuah ciri baharu pada perkhidmatan perbankan mereka yang mana membolehkan pengguna untuk menetapkan had perbelanjaan harian menerusi FPX sehingga RM50,000 setiap hari.

Sumber Gambar: Vernochan

Untuk makluman, Financial Process Exchange(FPX) merupakan satu kaedah pembayaran dalam talian terkini iaitu sebuah gerbang pembayaran internet yang membolehkan pembayaran dilakukan serentak pada masa yang sama untuk pembelian dalam talian atau pembayaran bil menggunakan akaun simpanan atau akaun semasa dan kad kredit.

Untuk semua pengguna, had transaksi FPX akan ditetapkan kepada RM3,000 secara automatik sekiranya tiada sebarang perubahan dilakukan sebelum 20 Ogos 2022 kelak. Untuk membuat tetapan had anda, anda perlu lawati laman Maybank2U dan log masuk ke akaun anda.

Kemudian, pergi pada Settings yang terletak di bahagian kanan sebelah atas lalu klik Pay & Transfer dan pilih tetapkan had transaksi FPX seharian anda. Dengan berbuat sedemikian, anda lebih mudah untuk mengawal perbelanjaan terutamanya secara dalam talian.

Selain daripada itu, AmBank dilaporkan bakal muncul sebagai bank tempatan pertama menawarkan medium pembayaran Apple Pay di Malaysia.

AmBank Dijangka Bakal Muncul Sebagai Bank Tempatan Pertama Tawarkan Apple Pay Di Malaysia

Perubahan Tetapan Di Maybank2u Kini Memerlukan Pengguna Dapatkan Pengesahan Secure2u

Sumber