Selalunya kita tidak mengambil kisah atau membuka manual pengguna yang datang bersama dengan peralatan elektronik. Semua beranggapan ianya sebagai kertas yang tiada nilai namun semua itu boleh berubah dengan penambahan tanda tangan seorang yang ternama pada manual tersebut yang menjadikannya ekslusif serta bernilai tinggi kelak.

Terbaharu menerusi laman RR Auction, sebuah manual pengguna Apple II yang telah ditandatangani oleh Steve Jobs bersama Mike Markkula yang merupakan pelabur terawal di Apple serta CEO syarikat yang kedua telah berjaya dilelong pada harga $787,484 (~RM3.3 Juta) mengikut kadar pertukaran semasa.

vocket-tech-news-sign-1
Sumber Gambar: RR Auction

Manual pengguna tersebut telah ditandatangan dan ditujukan kepada Julian Brewer yang merupakan anak kepada Micheal Brewer yang telah membincangkan hak pengedaran Apple di Amerika Syarikat sekitar tahun 1979 yang lalu.

Pada sesi lelongan tersebut, terdapat beberapa barangan Apple yang lain yang berkait dengan Steve Jobs termasuklah sepucuk surat berserta tanda tangan Steve Jobs dan salinan edisi pertama Macworld yang ditandatangani olehnya.

Sementara itu, tidak kurang juga hebatnya bagi peminat permainan klasik apabila sebuah katrij Super Mario 64 berjaya terjual dengan rekod bidaan RM6.2 Juta.

Permainan Termahal Dunia, Katrij Super Mario 64 Berjaya Terjual Dengan Rekod Bidaan RM6.2 Juta

https://www.thevocket.com/kartrij-super-mario-bros-1985-berjaya-dilelong-dengan-harga-rm408662/

Sumber