Baru-baru ini kita sudah dilaporkan berkenaan tentang  kerajaan Indonesia yang mahu menghalang akses internet daripada platform yang tidak mendaftar secara sah di negara tersebut. Syarikat teknologi yang tidak berdaftar termasuklah Google, YouTube dan banyak lagi.

Terkini, syarikat-syarikat teknologi gergasi seperti Meta, TikTok, Twitter, Apple, Microsoft, Google, Amazon, Netflix dan Spotify dilaporkan telahpun mendapatkan permit Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) yang diperlukan bagi membolehkan operasi mereka diteruskan.

Sumber Gambar: iStock

Permit PSE ini membolehkan kerajaan Indonesia mengarahkan syarikat teknologi memadam kandungan yang dilihat boleh mengganggu ketenteraman awam serta menyerahkan data pengguna apabila diminta oleh pihak berkuasa.

Memandangkan negara Indonesia mempunyai jumlah penduduk keempat terbesar dunia, maka tidak hairanlah jika kesemua syarikat teknologi gergasi bertungkus-lumus mahu mendapatkan permit PSE untuk terus beroperasi dan menjana keuntungan. Negara Indonesia sememangnya salah satu pasaran penting untuk syarikat-syarikat di luar sana.

Sementara di Rusia pula, kerajaan mereka telah mengharamkan penggunaan kriptowang sebagai medium pembayaran.

Rusia Mahu Haramkan Penggunaan Kriptowang Sebagai Medium Pembayaran

Didakwa Menceroboh Data Pengguna, Pihak Penguasa AS Mahu Apple Dan Google ‘Haramkan’ TikTok