Kriptowang sehingga ke hari ini masih belum dilihat sebagai satu medium pembayaran yang sah di seluruh dunia. Antara negara yang menentang idea kriptowang secara keseluruhannya adalah Rusia.

Terbaharu, Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin sendiri telah meluluskan undang-undang baharu di negara berkenaan yang akan mengharamkan penggunaan aset digital sebagai medium atau kaedah pembayaran di Rusia.

Sumber Gambar: Reuters

Dengan langkah ini, secara automatiknya penggunaan kriptowang dan juga NFT sebagai salah satu bentuk pembayaran dalam negara tersebut adalah dilarang sama sekali. Malah, Bank Negara Rusia pernah meminta untuk mengharamkan kriptowang sejak bulan Januari lalu.

Perundangan baharu ini akan mengambil masa sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya. Beberapa pakar analisis ekonomi melihat langkah drastik ini diambil ekoran sekatan ekonomi yang diterima daripada kuasa besar Amerika Syarikat. Sejak sekatan ekonomi berlaku, Rusia telah pun dihalang daripada mengakses sejumlah platform kriptowang terkemuka.

Antara syarikat yang telah menarik jualan dari Rusia adalah DJI yang mana mahu mengelakkan salah guna dron bagi tujuan perang.

DJI Gantung Jualan Dron Di Rusia Dan Ukraine, Elak Salah Guna Bagi Tujuan Perang

Panggung Wayang Rusia Dilaporkan Menayangkan Filem Barat Yang Dicetak Rompak