Pada bulan Jun lepas, Qualcomm sudah memperkenalkan Snapdragon 888+ di mana cip ini telah dinaik taraf daripada Snapdragon 888. Dalam pada itu, terdapat khabar angin berkaitan pengganti Snapdragon 888 yang sedang diuji oleh beberapa pengeluar di China pada sebelum ini.

Berdasarkan informasi yang telah dikongsi oleh Ice Universe di Weibo, beliau telah mendedahkan tentang Snapdragon 898 yang mempunyai teras utama X2 dengan kelajuan sehingga 3.09Hz. Antara penambah baikan yang dilihat pada kali ini adalah peningkatan prestasi sebanyak 30% dengan menggunakan teras utama yang baru daripada Arm Cortex-X2.

vocket-tech-news-qualcomm-1
Sumber Gambar: Weibo

Bayangan cip ini telahpun tular pada bulan Jun yang lalu dengan ciri yang sama namun masih tiada nama dan hanya digelar sebagai model SM8450 pada masa itu.

Sekiranya ia benar-benar cip sama seperti yang diperkatakan, Snapdragon 898 bakal menerima peningkatan prestasi GPU yang ketara berbanding generasi sebelum ini berserta sokongan modem 5G dan signal pemprosesan imej. Kemungkinan peranti Xiaomi bakal menggunakan cip ini memandangkan terdapat desas-desus mengenainya sejak awal bulan lagi.

Xiaomi mungkin akan menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan cip Snapdragon 898 pada penawaran peranti yang terbaru pada akhir tahun ini.

Cip Snapdragon 895 Terbaru Daripada Qualcomm Dijangka Bakal Ditawarkan Pada Akhir Tahun 2021

Qualcomm Umum Telefon Pintar Jenama Snapdragon Hasil Kerjasama Dengan ASUS

Sumber