Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat pelbagai syarikat sudah mulai cakna dengan kepentingan menjaga alam sekitar. Hal ini dalam memastikan keadaan alam sekitar berada dalam keadaan yang baik untuk kegunaan generasi akan datang.

Terbaharu, Samsung dalam usaha untuk menjaga alam sekitar telah melancarkan sebuah program yang dinamakan sebagai Galaxy for the Planet. Seperti namanya, program ini dilancarkan sebagai usaha Samsung dalam mengurangkan berangan tidak dapat dikitar semula dalam menghasilkan peranti mereka.

Samsung_Galaxy for thePlanet

Berdasarkan hasrat yang dimaklumkan Samsung, syarikat mereka sedang berusaha untuk mengurangkan penggunaan karbon bagi peranti keluaran Samsung Galaxy. Menerusi rancangan awal Samsung, pihak mereka bersedia untuk menggunakan barangan yang boleh dikitar semula pada kesemua produk telefon pintar mereka menjelang tahun 2025.

Selain itu, mereka sedia mengurangkan penggunaan plastik dalam kotak bungkusan produk mereka sebaliknya bakal menggantikannya dengan produk yang boleh dikitar semula. Difahamkan jenama ini turut sedia memfokuskan kepada penjimatan penggunaan elektrik menerusi produk yang ditawarkan dan juga pengecas.

Meletakkan tahun 2025 sebagai target, Samsung berharap program Galaxy for the Planet yang dilancarkan dapat memberi impak kepada alam sekitar dalam mengelakkan pembaziran penggunaan barangan yang tidak boleh dikitar semula sekaligus memberi kesan kepada alam.

Samsung menerusi acara Unpacked baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran dua model telefon pintar dan dua jam tangan pintar. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Samsung Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Z Flip3 5G dan Z Fold3 5G

Samsung Lancarkan Watch4 Dan Watch4 Classic Dengan Sistem Operasi Wear OS