Kegiatan scammer mengiklankan laptop dengan harga tidak masuk akal sudah semakin berleluasa di dalam talian. Ramai yang telah tertipu dan sebab itulah perlu mengambil tahu cara kesan kedai laptop scammer terutamanya di Instagram.

Menerusi perkongsian di TikTok @amanjamadi, beliau telah menunjukkan cara kesan kedai laptop scammer yang dinamakan nanocomputer di IG dengan menawarkan laptop terkini pada harga yang cukup mengiurkan. Untuk pencerahan yang lebih jelas, terdapat beberapa cara mengesan sama ada sesebuah kedai dalam talian itu sah atau sebaliknya.

1. Harga yang ditawarkan tidak logik untuk pasaran semasa.

https://www.instagram.com/p/Cbv1GOwJtXt/?utm_source=ig_web_copy_link

Antara laptop yang ditawarkan adalah ROG Zephyrus M16 dengan spesifikasi dalaman yang berkuasa tinggi. Harga yang ditawarkan pula sekitar RM1,200 sahaja walhal harga pasaran semasa yang ditawarkan di Malaysia sudah pun mencecah lebih daripada RM4,000.

Jika difikir secara logik, mana mungkin penjual yang sah mampu menawarkan laptop tersebut dengan harga yang sangat rendah. Namun, penjual mungkin hanya mampu memberi potongan sekitar RM300 ke RM400 sahaja. Sekiranya anda lihat seseorang penjual boleh memberi harga dengan potongan RM2,000 dan ke atas, sebaiknya elakkan daripada membeli.

2. Tidak boleh tinggalkan komen pada hantaran di akaun Instagram.
cara kesan kedai laptop
Sumber Gambar: Instagram

Sudah menjadi satu praktis buat scammer untuk menutup ruangan komen pada hantaran yang dibuat pada akaun IG tersebut. Perkara ini dibuat atas dasar mahu menggelak daripada pengguna memberi komen balas tentang kegiatan penipuan mereka. Malah, mereka tidak perlu memadam komen negatif pada setiap hantaran dengan berbuat sedemikian.

3. Ayat yang digunakan untuk iklan atau bahan bukan daripada Bahasa Malaysia
Sumber Gambar: Instagram

Memandangkan nanocomputer telah menutup ruangan komen, maka mereka masih berusaha menjerat mangsa dengan meletakkan video hantaran pesanan ‘pelanggan’ di Stories yang disimpan. Jadi, orang ramai lebih mudah untuk tertarik dan mempercayai kerana kelihatan seakan bisnes jualan laptop murah sebenar.

Namun jika diperhatikan dengan teliti pada video tersebut, anda boleh melihat perkataan yang tidak digunakan oleh rakyat Malaysia pada bungkusan barangan itu. Malah, sebahagian penjual juga akan menggunakan Google Translate untuk berkomunikasi dengan anda jika ditanyakan soalan.

4. Menpunyai former username yang mencurigakan sebelumnya.
cara kesan kedai laptop
Sumber Gambar: Instagram

Anda boleh menyemak username yang digunakan sebelum ini pada bahagian About This Account di akaun IG penjual. Di sinilah, anda boleh melihat username yang pernah digunakan oleh si penjual sebelum ini dan sekiranya mereka penjual yang sah sudah pasti tidak menukar nama terlalu banyak dalam tempoh setahun.

Nama yang digunakan juga agak mencurigakan dan kelihatan tidak mempunyai identiti yang kukuh. Jadi, kebarangkalian sesebuah kedai ini sebagai scammer adalah sangat tinggi.

5. Minta alamat dan gambar lokasi perniagaan sebenar daripada penjual.

Scammer juga semakin licik kerana mereka sudah pun menyediakan alamat khas yang direka untuk mengelirukan mangsa. Seperti nanocomputer, mereka mengatakan mempunyai kedai fizikal di Kota Masai, Johor tetapi tiada kewujudan kedai tersebut sama sekali.

Jadi, sebaiknya anda meminta alamat dan gambar kedai terlebih dahulu dan minta tolong kenalan terdekat untuk pergi menyemak lokasi kedai tersebut. Jika dikesan tiada kedai tersebut seperti yang diperkatakan, sudah sah ia memang scammer sebenar.

@amanjamadi

Reply to @zaimdimpoz kalini scammer ni licik sikit, sebab dia bagi alamat. Harga memang murah, tapi boleh tuntuk dekat padang masyar je #tipsramadan #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #itgeeks #scammer

♬ WII SHOP TRAP – Flixterr

Diharapkan orang ramai lebih berhati-hati apabila melihat promosi potongan harga yang melampau untuk sesebuah laptop terkini dengan spesifikasi tinggi lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya ini. Malah, buat semakan secara terperinci terlebih dahulu seperti di atas sebelum meneruskan niat untuk membeli laptop di dalam talian.

Sebelum ini, DragonForce juga telah mendedahkan bagaimana ‘hacker’ menggodam pengguna Telegram serta cara menggelakkannya.

DragonForce Dedah Bagaimana ‘Hacker’ Godam Pengguna Telegram Serta Cara Mengelakkannya

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

Sumber