Pemakaian pelitup muka sudah menjadi satu rutin biasa yang perlu dibuat sehingga ke hari ini. Sehubungan itu, Apple telah pun menawarkan ciri unlock iPhone menggunakan Face ID walaupun memakai pelitup muka.

Dengan pengenalan ciri berkenaan, para pengguna boleh mengakses peranti dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu menggunakan Apple Watch atau Touch ID seperti sebelum ini. Anda boleh ikuti tutorial di bawah untuk ketahui cara aktifkan ciri unlock iPhone menggunakan pelitup muka.

1. Buka aplikasi Settings lalu kemudian buat carian tetapan Face ID & Passcode dan klik padanya.

ciri unlock iphone
Sumber Gambar: Settings iPhone

2. Aktifkan ciri Face ID with a Mask.

Sumber Gambar: Settings iPhone

3. Pilih Use Face ID with a Mask dan ikuti arahan seterusnya. Sewaktu tetapan ini juga, anda tidak perlu memakai pelitup muka kerana ia hanya mahu mengecam bahagian mata anda.

4. Selepas selesai proses di atas, kini anda sudah berjaya menetapkan fungsi Face ID with a Mask. Anda juga diberi pilihan untuk menambah ciri Face ID tersebut dengan memakai cermin mata. Dengan ini, ia akan menyimpan rupa anda yang sedang memakai cermin mata sekaligus membolehkan akses iPhone anda ketika memakai pelitup dan cermin mata.

Untuk makluman, anda mestilah mempunyai iPhone 12 atau iPhone 13 yang telah dikemas kini dengan iOS15.4 dan ke atas. Dengan ini, barulah anda layak mengaktifkan ciri ini untuk akses iPhone tanpa menggunakan Apple Watch. Selain itu, anda juga perlu memastikan bahagian mata anda tidak terhalang daripada sebarang objek sewaktu tetapan.

Kini, iPhone anda boleh mengecam walaupun sedang memakai pelitup muka, maka anda boleh mengakses masuk peranti, menggunakan Apple Pay dan menyelesaikan sebarang tugasan yang memerlukan Face ID.

Diharapkan dengan tutorial di atas dapat memudahkan anda menetapkan ciri yang serba berguna lebih-lebih lagi sewaktu pandemik ini. Anda boleh kongsikan artikel ini supaya lebih ramai pengguna yang mungkin belum mengaktifkan ciri unlock iPhone dengan pelitup muka.

Selain itu, anda turut boleh mempelajari cara melanggan tambahan iCloud jika alami masalah storan yang terhad dengan klik pautan di bawah.

Ini Caranya Melanggan Storan Tambahan iCloud Buat iPhone Anda

Tanpa Guna AirDrop, Ini Caranya Pindahkan Fail Daripada Komputer Windows Ke iPhone Dengan Pantas