Peranti dengan sambungan bluetooth pada telefon pintar sering kali mengalami masalah tercicir atau hilang kerana bentuknya yang kompak. Sebenarnya, terdapat cara mengesan peranti bluetooth dengan pantas menerusi aplikasi percuma sahaja.
Dengan menggunakan aplikasi Wunderfind, anda boleh mengesan sesuatu peranti bluetooth dengan lebih tepat dan pantas. Berikut kami kongsikan cara mengesan peranti bluetooth yang tersembunyi atau tercicir berdekatan radius anda menerusi aplikasi Wunderfind.
1. Buka aplikasi Wunderfind.
2. Kemudian, anda bakal dipaparkan dengan senarai peranti yang mempunyai sambungan bluetooth di sekitar anda. Maklumat jarak peranti akan dinyatakan untuk memudahkan anda mengesannya.
3. Untuk maklumat yang lebih terperinci, klik sahaja pada profil peranti yang ingin dikesan tersebut. Di sini, semakin anda mendekati peranti blueetoth tersebut, semakin tinggi kekuatan isyarat yang dipaparkan.
4. Ikuti signal yang diterima sehinggalah anda sampai ke lokasi peranti yang tercicir atau hilang tersebut.
Untuk makluman, anda juga bakal dipaparkan dengan peranti bluetooth selain milik anda kerana ia akan mengesan signal peranti lain yang berdekatan. Oleh itu, ia juga akan mengambil masa yang agak lama untuk mengesan signal berdekatan memandangkan tidak boleh membezakan peranti milik anda atau orang lain di sekitar.
Sebahagian peranti mungkin tidak dipaparkan jarak kerana signalnya mempunyai ciri keselamatan yang tidak membenarkan signal dikesan. Jika peranti anda tidak berjaya dikeesan, mungkin juga disebabkan terlalu jauh atau peranti itu tidak menghantar signal seperti yang sepatutnya.
Menariknya, anda boleh mengesan pelbagai peranti dengan sambungan bluetooth dengan mudah selain menggunakan aplikasi yang tersedia seperti FindMy dan seumpamanya. Kini anda boleh memuat turun aplikasi Wunderfind menerusi Google Play Store dan App Store.
Diharapkan tutorial boleh menjadi panduan untuk mengesan peranti bluetooth yang mungkin tercicir atau hilang berdekatan anda. Aplikasi ini juga sangat mudah digunakan serta berkesan sebagai alternatif tambahan jika berlaku kehilangan dan seumpamanya.
Sementara itu, buat anda yang ingin menghantar gambar raya beresolusi tinggi kepada kenalan, boleh klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.
6 Aplikasi Yang Boleh Dicuba Untuk Menghantar Gambar Raya Beresolusi Tinggi
Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Aktifkan Kaedah Pembayaran RFID Untuk Pengisian Minyak Di Shell