Samsung Galaxy SmartTag+ yang terbaru telah pun mendarat di Malaysia. Versi kali ini telah dinaiktaraf dengan pelbagai fungsi yang lebih pratikal bagi kegunaan harian. Dilengkapkan dengan teknologi Bluetooth Low Energy (BLE) dan ultra-wideband (UWB) untuk pengguna mencari peranti SmartTag+ mereka dengan lebih tepat dan pantas.

Selain itu, Samsung SmartTag+ ini berkemampuan teknologi AR melalui telefon pintar Galaxy disokong UWB boleh menjejak barang yang hilang dengan visual 3D menunjukkan kedudukan objek tersebut. Tambahan, sebarang peranti yang disambungkan boleh menghantar signal pada SmartThings dan menghantar terus lokasi yang tepat.

Vocket-Samsung-Galaxy-SmartTag-konten-1
Sumber Gambar: Samsung Malaysia

Untuk promosi harga permulaan bagi Samsung Galaxy SmartTag+ akan dijual pada RM109 seunit dalam masa yang terhad sebelum harga kembali kepada sediakala iaitu RM149. Versi terbaru ini juga dapat mengawal pelbagai peranti iOT dengan hanya satu klik butang seperti menyalakan lampu hanya dihujung jari anda.

Mulai hari ini sehingga 30 Jun 2021, anda boleh mendapat potongan harga sehingga 26% apabila anda membuat pembelian di antara model Galaxy SmartTag+ yang terbaru ataupun Galaxy SmartTag. Warna yang tersedia pada Galaxy SmartTag+ dan Galaxy SmartTag ialah hitam , Denim blue(SmartTag+) dan Oatmeal(SmartTag).

Terdapat pelbagai produk Samsung yang telah dilancarkan pada baru ini -ini. Anda bolehlah membaca artikel di bawah untuk ketahui lebih lanjut mengenainya.

Samsung Galaxy Buds Pro, TWS Premium Dan Terbaik Di Pasaran Ketika Ini

Samsung Galaxy S21 Ultra, Peranti Android Terbaik Yang Ada Di Pasaran Ketika Ini

 

Sumber