Sudah pun tersiar gambar-gambar raya yang cukup meriah di media sosial sepanjang minggu ini. Pasti ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handal yang bergambar bersama mahu menyimpan gambar yang diambil dan perlu menggunakan aplikasi perkongsian gambar raya.

Selain menggunakan aplikasi WhatsApp yang sedia ada, sebenarnya terdapat beberapa aplikasi perkongsian gambar raya lain yang boleh digunakan untuk berkongsi gambar beresolusi tinggi. Ini lima aplikasi perkongsian gambar raya beresolusi tinggi yang anda boleh cuba.

1. Files by Google

Sumber Gambar: The Keyword

Pertama sekali, anda boleh mencuba aplikasi Files by Google yang mana menyokong perkongsian fail secara wireless untuk pemindahan fail antara dua peranti dengan lebih mudah. Memandangkan pemindahan ini dilakukan secara bersemuka, jadi tidak perlu menggunakan sebarang data internet atau sambungan Wi-Fi.

Apa yang penting hanyalah anda perlu memastikan masing-masing mempunyai aplikasi ini. Sebaik anda menggunakan aplikasi perkongsian ini, ia akan mengaktifkan ciri bluetooth secara automatik untuk mempercepatkan lagi proses perkongsian. Malah, gambar yang dikongsi dijamin lebih selamat dengan cara ini.

Muat turun sekarang aplikasi Files by Google di Google Play Store.

2. Send Anywhere

aplikasi perkongsian gambar raya
Sumber Gambar estmob

Antara pilihan pengguna hari ini juga adalah aplikasi Send Anywhere. Aplikasi ini merupakan perkongsian fail yang juga menyokong perkongsian menerusi WiFi. Malah, ia sangat mudah untuk digunakan dan anda boleh menghantar serta menerima pelbagai jenis fail termasuklah gambar, video dan sebagainya.

Terdapat dua cara perkongsian yang boleh digunakan sama ada kod QR atau kod 6 digit. Pada masa yang sama, tiada had saiz untuk setiap perkongsian yang dibuat serta boleh dihantar merentas platform termasuklah Android, iOS, Windows, Mac dan Linux. Anda juga boleh terus gunakan tanpa perlu mencipta akaun menerusinya.

Muat turun sekarang aplikasi Send Anyhere sama ada di Google Play Store atau App Store.

3. Dropbox

aplikasi perkongsian gambar raya
Sumber Gambar: PCMag

Seterusnya, anda boleh menggunakan aplikasi storan awan simpanan gambar iaitu Dropbox. Dropbox merupakan pilihan terbaik buat pengguna iOS dan Android yang mahu berkongsi gambar bersama merentas platform. Anda boleh menghantar gambar dan video sehingga 2GB bagi akaun biasa.

Di sini, anda boleh melihat, memuat naik gambar mahu pun menyunting daripada pelbagai peranti dengan mudah. Di samping itu, anda juga boleh mengkategorikan gambar kegemaran dan melihatnya terus tanpa perlu akses internet. Malah, gambar yang mungkin terpadam turut boleh dikembalikan dengan mudah menerusinya.

Muat turun sekarang aplikasi Dropbox sama ada di Google Play Store dan App Store.

4. Snapdrop

Sumber Gambar: iDownloadBlog

Antara pilihan alternatif yang sering digunakan oleh orang ramai adalah Snapdrop. Snapdrop merupakan aplikasi perkongsian gambar berasaskan web yang boleh diakses pengguna dan juga terdapat versi aplikasi buat Android. Pengguna daripada kedua-dua plaftorm boleh berkongsi fail secara terus dengan mudah.

Malah, cara untuk pindahkan fail juga semudah drag and drop sahaja kepada peranti tersebut. Anda hanya perlu menyambungkan kedua-dua peranti yang mahu berkongsi gambar dan boleh terus menghantar fail gambar yang diingini. Snapdrop boleh diakses menggunakan platform Windows, Android dan iOS.

Muat turun sekarang aplikasi Snapdrop menerusi Google Play Store atau layari laman rasmi Snapdrop.

5. SHAREit

Sumber Gambar: News Straits Time

Seperti Snapdrop, SHAREit merupakan salah satu aplikasi perkongsian yang masih relevan untuk digunakan hari ini. Aplikasi ini boleh digunakan merentasi pelbagai platform termasuklah Windows, Android dan iOS. Anda boleh sambungkan peranti-peranti pada sambungan WiFi yang sama dengan menggunakan hotspot atau pun dengan imbasan kod QR.

Sebaik ia bersambung, anda boleh menghantar fail yang diingini tanpa perlu menggunakan sambungan internet. Menariknya, anda boleh menghantar pelbagai jenis fail tanpa sebarang had menerusinya. Yang penting sekali, aplikasi ini boleh digunakan secara percuma dan boleh diakses melalui pelbagai platform.

Muat turun sekarang aplikasi SHAREit sama ada menerusi Google Play Store atau App Store.

6. Telegram

aplikasi hantar gambar raya
Sumber Gambar: Telegram

Akhir sekali, Telegram juga menjadi pilihan pengguna untuk menghantar gambar raya dengan mudah merentasi platform pada pelbagai peranti sekaligus. Para pengguna boleh menghantar gambar atau video tanpa sebarang had serta menyokong saiz fail sehingga 1.5GB menerusinya.

Untuk makluman, anda hanya perlu menghantar sebagai send as file untuk mendapatkan gambar atau video dengan resolusi tinggi. Selain itu, anda juga boleh mengakses gambar-gambar tersebut pada bila-bila masa kerana ia telah disimpan di cloud dan boleh dimuat turun berulang kali untuk peranti baharu juga.

Jadi, ini sedikit sebanyak perkongsian berkaitan aplikasi perkongsian gambar raya agar boleh bantu memudahkan lagi proses perkongsian sewaktu di Hari Raya. Gambar-gambar yang dikongsi sudah pasti bakal menjadi memori terindah dan boleh dilihat dengan mudah pada bila-bila masa kelak.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui sejumlah aplikasi suntingan video terbaik yang boleh digunakan untuk menyunting video raya dengan lebih style.

7 Aplikasi Edit Video Terbaik Android Yang Ditawarkan Secara Percuma

6 Aplikasi Terbaik Untuk Hasilkan Konten Kreatif Dengan Mudah Di App Store