Pada saban hari, teknologi terus berkembang dengan sungguh rancak untuk memudahkan urusan seharian kita. Namun dengan kecanggihan teknologi ini juga menimbulkan persoalan berkaitan keselamatan privasi seperti teknologi AI dan seumpamanya.

Menerusi laporan terkini, kerajaan United Kingdom (UK) telah menyekat sebuah firma China daripada membenarkan syarikat itu melesenkan teknologi pengimbas penglihatan dari University of Manchester.

Sumber Gambar: University Of Manchester

Difahamkan dengan sistem yang diprogramkan khas untuk teknologi pengimbas penglihatan itu berupaya memproses imej pada kadar 100,000 bingkai sesaat dalam masa nyata dengan memberikan keputusan yang sangat padat dan efisien tanpa menggunakan tenaga yang besar.

Sekatan yang dibuat terhadap syarikat Beijing Infinite Vision Technology Company Ltd. itu berdasarkan Akta Keselamatan Kebangsaan Dan Timbang Tara 2021. Alasan yang diberikan atas dasar boleh mengancam keselamatan negara tersebut jika disalah gunakan oleh pihak yang berniat jahat.

Perkara ini timbul selepas firma China itu mahu mengakses ke atas varian teknologi pengimbas penglihatan SCAMP-5 dan SCAMP-7 dari universiti berkenaan. Difahamkan syarikat tersebut mahu menggunakan teknologi pengimbas canggih itu untuk menghasilkan animasi, realiti maya dan imej.

Teknologi canggih ini memang digunakan untuk arena robotik, realiti maya, automotif, permainan, kamera CCTV dan sebagainya. Bagaimanapun, kerajaan UK mahu ambil langkah berjaga-jaga dengan menyekat sepenuhnya syarikat berkenaan daripada mengakses teknologi canggih itu.

Baru-baru ini syarikat bernama Meta telah menfailkan sama terhadap Meta kerana menggunakan penjenamaan yang sama sehingga menjejaskan perniagaan.

Ekoran Perniagaan Terjejas, Syarikat Bernama Meta Saman Meta Atas Pelanggaran Cap Dagangan

adidas Fail Saman Terhadap Nike Kerana Didakwa Meniru Teknologi Kasut Dan Aplikasi

Sumber