China pada hari ini merupakan antara negara yang sedang mendahului di dalam arena telekomunikasi menerusi penyelidikkan berterusan termasuklah membangunkan teknologi rangkaian 6G pula. Seperti kita sedia maklum, akses internet yang pantas sudah menjadi satu keperluan utama di dalam kehidupan seharian.

Terbaharu, pengkaji di China dilaporkan sudah mencapai rekod kelajuan penstriman data menggunakan revolusi teknologi baharu yang boleh membantu China menerajui perlumbaan global untuk komonikasi wireless generasi seterusnya iaitu 6G. Dikatakan mereka berjaya memindahkan data sebesar 1TB pada jarak lebih 1 kilometer dalam masa satu saat sahaja.

Sumber Gambar: SCMP

Untuk menjayakan perkara ini, mereka telah menggunakan pusaran gelombang milimeter yang mana merupakan salah satu gelombang radio berfrekuensi tinggi. Ditambah pula struktur gelombang itu mempunyai ciri tiga dimensi yang dilihat berbeza dengan komunikasi radio masa kini yang hanya mempunyai dua dimensi sahaja.

Maka, ia membolehkan lebih banyak informasi dihantar pada gelombang komunikasi dengan menggunakan pemancar pusaran (Vortex) khas dalam memastikan gelombang dapat dihantar dalam tiga dimensi. Penyelidik juga mengatakan dengan penggunaan teknologi pemancar baharu ini dapat membuka lebih banyak peluang penerokaan untuk industri lain.

Sumber Gambar: Darpa

Selain menggunakan teknologi pusaran, terdapat sebuah teknologi yang sedang digunakan untuk membangunkan rangkaian 6G iaitu teknologi terahertz yang mana bakal dipakai pada program senjata hipersonik mereka. Hal ini selaras dengan sasaran mereka teknologi 6G bakal digunakan untuk ketenteraan terlebih dahulu sebelum dikomersialkan seawal 2023 kelak.

Selain itu, tahukah anda negara Korea Selatan mempunyai kelajuan internet 5G terpantas di dunia dengan rekod kepantasan 412Mbps?

19 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet 5G Terpantas Di Dunia

Jepun Catat Rekod Internet Terpantas Dunia Dengan 319Tbps

Sumber