adidas baru sahaja menyaman jenama sukan gergasi Nike pada minggu ini kerana didakwa meniru teknologi serupa mereka yang digunakan pada kasut dan juga aplikasi mereka. Saman difailkan di Texas oleh adidas sendiri.

Antara yang didakwa ialah aplikasi telefon pintar Nike’s Run Club, SNKRS yang melanggar harta intelek adidas. Sistem Adapt yang digunakan Nike pada kasut pintar juga didakwa ditiru dari adidas yang membangunkan kasut pintar tersendiri sejak tahun 2004 lagi.

Sumber Gambar: Behance

adidas mendakwa terdapat sejumlah ciri kasut dan aplikasi yang diambil oleh Nike lalu dimasukkan pada produk mereka. Hal ini sekaligus memberi saingan sengit kepada produk yang ditawarkan oleh adidas sendiri.

Difahamkan ini bukanlah kali pertama pihak adidas menyaman syarikat sukan gergasi itu kerana sudah pun dikenakan beberapa kali sebelum ini. Tambahan pula, adidas juga mendapati keuntungan digital menjadi sumber pertumbuhan penting untuk Nike pada suku ketiga tahun lalu.

Ini bermaksud Nike berjaya mengaut keuntungan tinggi menerusi teknologi kasut dan aplikasi yang serupa adidas. Setakat ini, pihak Nike masih belum memberi sebarang respon terhadap saman yang difailkan oleh adidas pada minggu ini.

Tahukah anda pada tahun lalu koleksi NFT adidas berjaya terjual serta-merta dengan jumlah RM96.7 juta?

Baru Sahaja Dilancarkan, Koleksi NFT adidas Berjaya Terjual Serta-Merta Dengan Jumlah RM96.8 Juta

adidas Secara Rasminya Sertai Dunia Meta Dengan Melancarkan Koleksi NFT Pertama