Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia boleh menerima kehadiran blockchain seperti kriptowang dan NFT. Maka, Malaysia kini sedang membina aplikasi Super yang menyepadukan perdagangan kriptowang menerusinya.

Terbaharu, Kenanga Investment Bank telah memeterai kesepakatan bersama Ant Group bagi memanfaatkan mPaas, platform pembangunan mudah-alih daripada unit teknologi digital untuk melancarkan aplikasi kewangan yang komprehensif atau boleh dikatakan sebagai hab perkhidmatan kewangan.

Aplikasi ini diperincikan akan mengintegrasikan semua khidmat kewangan seperti perdagangan saham, pengurusan, pelaburan digital, dompet digital, perdagangan kriptowang dan pertukaran mata wang asing ke dalam satu medium.

Menerusi sokongan bersama Ant Group, Kenanga memberi jaminan keupayaan keselamatan aplikasi akan terus terjamin tanpa mengugat sebarang ketirisan data dan ketelusan adalah matlamat utama aplikasi. Berdasarkan sasaran awal, aplikasi ini bakal tersedia menjelang suku pertama 2023 untuk pengguna Malaysia.

Selain itu, pihak CIMB telah mengesahkan Apple bakal ditawarkan kepada pelanggan pada pertengahan tahun 2023 kelak.

Apple Pay Bakal Ditawarkan Buat Pengguna CIMB Pada Pertengahan Tahun 2023

Platform Kriptowang Huobi Disenaraikan Dalam Pantauan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia