Jika pada tahun lalu platform kriptowang Binance pernah berada dalam senarai pantauan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kini nasib yang sama turut berlaku pada platform kriptowang Huobi Global.

Menerusi pengumuman yang dibuat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, platform Huobi ini masih lagi boleh diakses walau bagaimanapun para pengguna diminta berhati-hati dengan sebarang kemungkinan.

Difahamkan Huobi berada dalam senarai pantauan berikutan platform ini tidak mendapatkan pengesahan daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia meskipun sudah mendapat pengesahan di negara lain.

Buat para pelabur atau pengguna Huobi, anda dinasihatkan untuk beralih kepada platform kriptowang yang lain dalam usaha untuk mengelakkan sebarang risiko atau sekatan yang mungkin bakal dikenakan.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendakwa wang dalam akaun bank beliau sebanyak RM11,688 dikatakan hilang dalam tempoh 2 saat sahaja.

Wanita Ini Dakwa Hilang Wang Dalam Akaun Bank Berjumlah RM11,668 Dalam Masa 2 Saat Sahaja

‘Terjerat’ Dalam Pinjaman 36 Bulan Beli iPhone, Penyewa Dedah Punca Gagal Bayar Sewa Rumah