Microsoft telahpun mengumumkan tarikh rasmi penawaran kemas kini Windows 11 kepada umum pada 5 Oktober 2021 ini. Pelbagai pembaharuan yang telah disertakan bagi memberikan pengalaman pelayaran serta penampilan yang lebih menarik pada kali ini.

Pada peringkat permulaan, Windows 11 akan ditawarkan sebagai kemas kini percuma untuk komputer Windows 10 yang baru dibeli dengan kehadiran versi Windows 11 yang telah dipra-muatkan. Bagi memastikan semua berjalan dengan lancar, Windows bakal menfokuskan penawaran kepada peranti baharu terlebih dahulu.

vocket-tech-news-windows-2
Sumber Gambar: Techspot

Seterusnya barulah Microsoft akan mula perkenalkan kemas kini ini secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna dalam bulan-bulan yang akan datang. Mereka menyasarkan semua peranti yang menyokongnya bakal menerima Windows 11 menjelang 2022 nanti.

Buat pengguna yang masih menggunakan Windows 10 dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi kemas kini ini, anda bakal menerima notifkasi melalui Windows Update apabila ia sudah tersedia. Selain itu, anda juga boleh menyemak sendiri di bahagian tetapan secara manual pada bahagian Windows Update untuk kepastian.

Dikhabarkan kemas kini ini juga bakal menjanjikan sokongan membuka aplikasi Android secara terus di komputer dengan mudah.

https://www.thevocket.com/windows-11-android/

Selepas 11 Tahun, Sokongan Windows 7 Ditamatkan Secara Rasmi

Sumber