Bekerja di Apple pastinya merupakan impian bagi sejumlah besar orang ramai. Syarikat yang maju beserta bayarannya yang tinggi pastinya menawarkan kelebihan yang besar buat para pekerja.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila pelan pekerjaan yang dikemukan oleh CEO Apple, Tim Cook nampaknya telah mendapat tentangan segelintir kumpulan pekerja di syarikat berkenaan.

Untuk pengetahuan, seiring dengan pandemik yang melanda dunia dengan serius pada tahun lepas, Apple telah memaklumkan kepada para pekerja yang terlibat untuk bekerja sepenuhnya di rumah. Pelan tersebut berubah kepada bekerja sehari seminggu di pejabat dan selebihnya di rumah.

Sumber: 9 to 5 Mac

Melihatkan kepada kes COVID-19 yang semakin terkawal, Tim Cook baru-baru ini telah mengumumkan pelan jadual kerja terbaru iaitu bekerja 2 hari di pejabat bermula 2 Mei dan bertambah kepada bekerja 3 hari seminggu di pejabat menjelang 23 Mei.

Pelan terbaru Tim Cook ini walau bagaimanpun telah mendapat tentangan segelintir pekerja yang mendakwa pelan ini kurang sesuai buat mereka kerana terpaksa bergerak sejauh 8 jam untuk ke pejabat.

Tidak kurang juga yang mendakwa lebih produktif apabila bekerja di rumah. Malah, terdapat pekerja yang memilih untuk berhenti bekerja sejurus selepas polisi terbaru ini diumumkan serta sedia untuk beralih ke syarikat yang lain.

Dilaporkan, isu ini bukan sahaja berlaku pada syarikat Apple, malah saranan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mencadangkan orang ramai untuk kembali ke pejabat kurang disenangi oleh sebagai besar pekerja di negara tersebut.

Apple pada hari ini turut mengumumkan bakal mengadakan acara WWDC 2022 pada 6 Jun akan datang dalam memperkenalkan kemas kini terbaru yang bakal ditawarkan pada sistem operasi mereka.

Apple Sahkan Pengenalan iOS 16 Menerusi Acara WWDC 2022 Pada 6 Jun Akan Datang

Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’

Sumber