Apple baru sahaja mengumumkan acara tahunan WWDC 2022 bakal berlangsung secara dalam talian pada 6 Jun hingga 10 Jun 2022. Menerusi acara tahunan yang bakal diadakan dalam talian, Apple bakal memperlihatkan inovasi terbaru pada sistem operasi iOS, iPadOS, macOS, watchOS, dan tvOS.

Acara WWDC oleh Apple kebiasaannya menyasarkan para pembangun di seluruh dunia dapat mengumkan mengenai kemas kini sistem operasi dan fungsi baharu yang diperkenalkan pada acara berkenaan. Malah, pihak Apple pada kali ini akan menambah lebih banyak kandungan menarik bagi memastikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

Sumber Gambar: Apple

Menariknya, Swift Student Challenge buat kali ketiganya bakal diadakan bersempena acara ini. Untuk acara cabaran ini, pelajar dari seluruh dunia boleh mencipta projek aplikasi Swift Playground menggunakan iPad dan berpeluang mendapat biasiswa WWDC.

Sama-sama kita nantikan pengenalan iOS 16, iPadOS 16 dan juga macOS 13 bersama watchOS 9 pada acara kali ini. Untuk pelajar yang berminat untuk menyertai cabaran berkenaan, anda boleh memohon di laman rasmi Developer Apple.

Selain daripada itu, Apple juga dijangka bakal memperkenalkan pelan langganan peranti iPhone dengan harga serendah RM148 sebulan bersama Apple Care.

Pelan Langganan Peranti iPhone Mungkin Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM148 Sebulan

Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan Aksesori Bersama Kotak iPhone, Apple Berjaya ‘Jimat’ RM27.25 Bilion